Monday, May 16, 2011

Rentak T-Team Terus Sumbang…

Analisis Shahrir Hamid

Pasukan berstatus kelab dari Pantai Timur, T-Team dalam keadaan tidak selesa kini kerana bukan sahaja kecundng di padang, apalaagi di tempat sendiri tetapi jangkahayatnya sedang menghitung hari jika kekalahan demi kekalahan.

Rasa tidak selesa itu bertambah lagi selepas menerima kekalahan di halaman sendiri ketika menetang Harimau Muda A di Kuala Terengganu baru-baru ini.

Kekalahan 3-1 kepada skuad kendalian Ong Kim Swee menunjukkan kemelut melanda pasukan kelab itu tidak menunjukkan perubahan.

Ketua jurulatih, Yunus Alif yang diharapkan menggembalikan kemenangan T-Team tetapi kekalahan terbaru mencabar keupayaan sebenar jurulatih berkenaan. Yunus direhatkan sebelum ini masih gagal mencari kemenangan bagi memperbaiki kedudukan pasukan itu dalam Liga Super.

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said pernah memberi amaran pembubaran T-Team jika tidak menunjukkan prestasi baik pada kejohanan domestik. Perbelanjaan RM3 juta setahun bagi menampung Pasukan Bolasepak Daerah Kuala Terengganu akan disalurkan kepada Pasukan Bolasepak Negeri seterusnya memantapkan pasukan berkenaan.

Pada perlawanan di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah itu, pasukan tuan rumah yang kehilangan dua pemain selepas menerima kad merah dan bermain dengan lapan pemain sahaja pada babak kedua dan memberi ruang kepada Harimau Muda A tugas mudah merobek gawang T-Team.

Walaupun skuad yang dikendalikan oleh Yunus Alif berjaya menjaringkan gol pada minit ke-lapan melalui tandukkan cantik ketua pasukan, Rosdi Talib tetapi anak buah Ong Kim Swee dapat bangkit pada separuh masa kedua dengan menjaringkan tiga gol melalui Syahrul Azwari Ibrahim (dua gol) dan Mohd Irfan Fazali (satu gol) untuk mencuri tiga mata penuh di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah.

Skuad Harimau Muda A yang mempamerkan persembahan mantap sehingga pasukan tuan rumah terpaksa akur dengan kehebatan pemain mudanya yang sentiasa pantas merebut peluang merampas bola serta mampu menjaringkan gol kemenangan.

Pemain tengah T-Team, Zairol Anuar Zailandi turut dibuang padang berikutan dilayang kad kuning kedua selepas itu dan memberi ruang kepada pasukan pelawat menjaringkan gol.

No comments:

Post a Comment