Friday, May 6, 2011

RHB Islamic Bank Cawangan Kuala Terengganu Secara Rasmi Beroperasi

RHB Islamic Bank Cawangan Kuala Terengganu di Paya Keladi dibuka secara rasmi semalam. - Gambar Harith Fadzilah.

Oleh Syarifah Mardhiah

RHB Islamic Bank Cawangan Kuala Terengganu yang secara rasmi beroperasi semalam, adalah yang kesembilan menyediakan kemudahan perbankan Islam.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Abd Rani Lebai Jaafar (gambar kanan) berkata secara keseluruhannya sebanyak 12 cawangan sudah beroperasi.

Beliau berkata 12 RHB Islamic Bank itu disokong oleh 196 cawangan RHB Bank di seluruh negara. Ini bermakna pelanggan RHB Islamic Bank juga boleh mendapatkan khidmat di seluruh cawangan perbankan konvensional RHB Bank.

RHB Islamic menyasarkan untuk membuka cawangan di semua negeri dalam tempoh tiga tahun dari sekarang.

Selepas ini, RHB Islamic Bank menyasarkan membuka cawangannya di Kedah, Perak, Perlis, Pahang, Melaka dan Negeri Sembilan, di mana dalam tempoh tiga tahun lagi, beroperasi di semua negeri berkenaan, katanya.

Abdul Rani menyatakan perkara itu selepas merasmikan cawangan baharu RHB Islamic Bank cawangan Kuala Terengganu di Pusat Niaga Paya Keladi, di Kuala Terengganu, semalam.

Turut hadir Naib Presiden Kanan RHB Islamic Bank Berhad Zulkhairi Zabiri.

Beliau berkata walaupun RHB Islamic Bank menghadapi banyak saingan daripada bank-bank lain, namun pembukaan cawangan baharu itu sangat baik dalam merealisasikan hasrat kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai hab perbankan Islam antarabangsa.

"Jadi, memang digalakkan untuk perbankan Islam ini dibuka, bukan sahaja beroperasi dalam negara, malah terus ke peringkat antarabangsa," katanya.

Sehingga kini 30 peratus pelanggan runcitnya terdiri daripada kalangan bukan Islam.

Ini bermakna perbankan Islam diterima oleh semua masyarakat di negara ini dan sambutannya semakin meningkat dari semasa ke semasa,kata Abdul Rani.

No comments:

Post a Comment