Thursday, May 5, 2011

Terengganu Perkenal Pakej Penerbangan Ke Bandung

Syarikat yang mengendalikan penerbangan terus dari Kuala Terengganu ke Bandong, yang akan memulakan perkhidmatan bulan Jun depan, mengenakan kos RM1,688 bagi setiap penumpang.

Kos tersebut bukan saja meliputi tempat penginapan, tetapi setiap penumpang juga akan diberi baucer untuk membeli-belah di sebuah gedung perniagaan di Kota Bandong.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said, berkata penerbangan terus yang dikendalikan Syarikat Heritage Air akan dimulakan pada 2 Jun depan di mana pesawat pertama akan berlepas dari Lapangan Sultan Mahmud Kuala Terengganu, jam 10 pag.

Syarikat berkenaan menawarkan pakej empat hari tiga malam untuk pelancong dari Terengganu berada di Bandong. Begitu juga mereka yang datang dari Bandong akan tinggal di Kuala Terengganu selama empat hari tiga malam.

“Kita akan melantik agen bagi mengendalikan tempahan bagi mereka yang ingin menggunakan perkhidmatan ini,” katanya pada sidang media selepas melancarkan pejabat Terengganu Pro-Asia Cycling Team di Jalan Pejabat, semalam.

Ahmad Said berkata, tempahan untuk penerbangan pertama sudah penuh dan penumpang diberi diskaun di mana mereka hanya perlu membayar RM1,500 seorang.

Beliau berkata, pada masa ini syarikat tersebut akan mengadakan perkhidmatan itu dua kali seminggu bagi membolehkan pelancong dari Bandong melawat Terengganu dan sebaliknya.

Bagaimanapun, katanya, perkhidmatan itu boleh ditambah jika ia mendapat sambutan menggalakkan di masa depan.

Unit Komunikasi Negeri

2 comments:

  1. nok booking duane boh?ambe nok gi etek dlm bulang 7 ning..tq.

    ReplyDelete
  2. Akan ada ejennya di Kuala Terengganu nanti. Untuk penerbangan pertama ia diuruskan oleh UPEN. Tunggu dan sabar pengumuman seterusnya. Terima kasih.

    ReplyDelete