"Ia tak wajar kerana hanya 10 peratus daripada pemain T-Team bintang. Bagi mereka tidak ada masalah untuk mereka beralih ke mana-mana pasukan lain jika pasukan itu dibubarkan.
"Tetapi, apa akan jadi kepada pemain lain, bagaimana nasib mereka," katanya kepada Bernama di Kuala Terengganu, semalam.
Persembahan hambar pasukan T-Team meletakkannya antara pasukan tercorot Liga Super dan ia menimbulkan rasa tidak puas hati penyokong sehingga menggesa jurulatih T-Team ditukar.
Pada 25 April lepas, pihak pengurusan mengambil tindakan merehatkan sementara Ketua Jurulatih Yunus Alif, tindakan yang dipercayai untuk meredakan suasana.
Yunus tidak dapat dihubungi untuk mendapat ulasannya, bagaimanapun Bernama difahamkan beliau akan menyambung semula tugas sebagai Ketua Jurulatih T-Team, hari ini.
No comments:
Post a Comment