Friday, June 10, 2011

Menteri Besar Puas Hati Urusan Penyelesaian Permohonan Tanah

Kerajaann negeri berusaha menyelesaikan kes permohonan tanah, tukar hak milik dan tanah haram secepat mungkin dan sehingga ini ia dilaksanakan dengan berkesan.

Malah, setiap kali mesyuarat Exco diadakan hampir 90 peratus agenda adalah berkaitan dengan urusan tanah haram, pemilikan tanah, pertukaran hak milik dan lain-lain yang berkait dengan tanah.

Sehingga ini kerajaan menerima 155,302 permohon bagi menukar hak milik sementara kepada hak milik kekal di seluruh negeri dan daripada jumlah berkenaan 118,396 telah selesai diproses dan masih berbaki 36,906.

Menurut Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said sehingga permohonan tanah haram ditutup pada 31 disember 2006 kerajaan menerima 9,916 permohonan dan pencapaian penyelesaian adalah 97.73 peratus.

Kini masih ada hanya 225 kes belum selesai dan akan dilakukan sedikit masa lagi, jelasnya kepada pemberita selepas Mesyuarat Exco kelmarin.

Daerah paling banyak berbaki kes tanah haram ialah daerah Marang (40 kes) dan Hulu Terengganu (58 kes) manakala Besut (5), Dungun (6), Kuala Terengganu (3) dan Kemaman (2), katanya.

“Saya sangat berpuas hati dengan pencapaian setakat ini dalam urusan menyelesaikan permohonan tanah haram dan urusan lain berkait dengan permohonan tanah,” katanya.

No comments:

Post a Comment