Monday, June 13, 2011

Piala FA Baru Mulai Musim Depan

Inilah Piala FA yang membolehkan pasukan Penyu mencatat sejarah tersendiri apabila menjadi penjulang terakhir trofi yang diperkenalkan pada 2005 itu, yang sempat digunakan untuk tujuh edisi.

Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin berkenan berangkat ke perlawanan dan menyampaikan hadiah dan trofi kepada kedua-dua pasukan pada perlawanan akhir itu.

Trofi baru akan diperkenalkan untuk edisi musim depan.

Ahmad Nordin Alias menjadi wira Terengganu apabila menjaringkan gol penentuan pada masa tambahan setelah kedua-dua pasukan terikat 1-1 selepas tempoh 90 minit berakhir.

Sebelum ini, Perak selaku juara final pertama dan terakhir diberi penghormatan menyimpan trofi pertama Piala FA yang digunakan bagi 15 edisi dari 1990 hingga 2004.

Ketua pasukan Terengganu Mohd Mazuki Yusof pula dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan akhir.

No comments:

Post a Comment