Thursday, June 9, 2011

Piala FA Menjadi Penawar Kepada Luka Kalah 3-0 Piala Liga Super

Menteri Besar Terengganu mengagihkan tiket perlawanan akhir Piala FA Sabtu ini kepada wartawan semalam. - Gambar Harith Fadzilah

Tidak ada penawar lain menyembuh luka Terengganu Isnin lalu selain mengalahkan Kelantan malam Sabtu ini (11 Julai 2011) ini di Stadium Nasional.

Tidak ada tolak ansur lagi. Ia sesuatu yang mesti. Pasukan bolasepak Terengganu mesti memang dan membawa pulang piala Piala FA ke Terengganu, Sabtu ini.

Pengendali skuad Terengganu, Irfan Bakti Abu Salim sudah bertekad untuk bangkit memadamkan memori duka itu dengan mengatur strategi lebih berkesan agar pemain tidak mengulangi kesilapan seperti perlawanan tempoh hari.

Luka yang dalam dan parah itu tidak akan sembuh selagi Irfan tidak membawa penawar duka – Piala FA untuk dibawa pulang.

Ia juga misi balas dendam ke atas Kelantan selepas kalah 0-3 dalam saingan Liga Super di halaman sendiri, kelmarin yang memang menyentap peluang memburu gelaran liga yang kini semakin jelas boleh menjadi milik The Red Warriors.

Nasihat peminat nombor satu negeri Terengganu - Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said – ialah pasukan Bola Sepak Terengganu diharap dapat membaiki mutu permainan mereka menjelang perlawanan akhir Piala FA menentang Kelantan di Stadium Nasional Bukit Jalil Sabtu ini.

Beliau mengakui berlaku kemerosotan pada pasukan Terengganu pada perlawanan terakhir di gelanggang sendiri semasa menentang Kelantan dalam pertandingan Liga Super Isnin lepas.

"Saya menyaksikan permainan Pasukan Terengganu baru-baru ini dan mendapati ada satu kelemahan paling ketara iaitu berlaku kemerosotan mutu perlawanan.

"Kita kalah dua perlawanan di tempat sendiri semasa menentang Kedah minggu lepas dan Kelantan dua hari lepas dalam Liga Super. Adat permainanlah kalah menang, tetapi kalau merosot secara mendadak, kita perlu perbetulkan segera," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco Negeri di Kuala Terengganu, semalam.

Pada sidang media itu, beliau turut mengagihkan tiket perlawanan kepada wartawan.

Terengganu mempunyai dua lagi pelawanan dan jika berjaya memenangi kedua-dua perlawanan itu, Terenngganu mampu meraih enam mata menjadikan keseluruhan 53 mata.

Namun katanya kelebihan akan memihak kepada Kelantan, sekiranya pasukan itu berjaya memenangi baki dua perlawan sekaligus akan menjadikan mereka juara Liga Super.

"Bagaimanapun dalam bola sepak apa-apa boleh jadi. Walaupun kita kalah di tempat sendiri, tidak mustahil kita boleh menang di Stadium Nasional bagi menjulang Piala FA. Untuk itu pemain dan pegawai perlu bekerja kuat bagi merialisasikan kejayaan," katanya.
Irfan sendiri menegaskan: “Saya agak kecewa dengan persembahan ditunjukkan anak buah ketika tewas kepada Kelantan. Kami akan cuba bangkit pada pentas final nanti,” katanya.

Irfan tidak menafikan kehambaran penjaga gol, Mohd Sharbinee Allawee yang juga penjaga gol skuad kebangsaan sebagai antara punca kekalahan mereka kepada lawan yang disifatkan sebagai ‘gol lembik’ di hadapan penyokong sendiri.

“Sebagai penjaga gol kebangsaan, Sharbinee tidak patut meninggalkan gawang terlalu jauh dan kesilapan itu memberi ruang mudah kepada Kelantan untuk menambah jaringan,” katanya.

Corak permainan Terengganu dilihat pincang tanpa kehadiran penyerang Ashaari Samsudin yang digantung satu perlawanan, mengakibatkan dua lagi penyerang iaitu Abdul Hadi Yahya dan Abdul Manaf Mamat seakan-akan kehilangan rentak.

No comments:

Post a Comment