Thursday, June 9, 2011

‘Polis Berambus, Polis Bodoh’, Padan Muka!

Berdisiplin dan Mahu Tenguk Bola...penyokong Terengganu tidakpun mengganggu atau diganggu polis.

PENDAPAT

Oleh PokTeh Bakap

Datang ke stadium nak tenguk bola ke nak cari pasal?

Kalau dah samseng sangat, buat hal di tempat lain. Tolong jangan ganggu orang lain mahu tenguk bola. Stadium tempat bersukan bukan tempat ‘bersetan’!

Lebih menggeramkan ialah gelagat sekumpulan penonton remaja pada perlawanan bolasepak di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah di Kuala Terengganu, malam kelmarin.

Sudahlah menunjukkan perangai ‘kurang ajar’ malah ada yang melakukan perbuatan melampau dengan memaki polis selain membaling plastik berisi sos cili terhadap kumpulan mereka yang menjaga keamanan.

Apa salah polis? Kenapa mereka dimaki dan dilontarkan dengan sos cili? Apakah polis mengganggu perlawanan?

Beginikah budaya dan tingkahlaku remaja yang diajar ibu bapa mereka?

Memang patut dan padan muka dengan tiga lelaki termasuk seorang remaja bawah umur dihadapkan di Mahkamah Majistret di Kuala Terengganu kelmarin semalam, atas tuduhan memaki dan membaling plastik berisi sos cili terhadap polis serta memiliki mercun ketika perlawanan Liga Super, Terengganu menentang Kelantan.

Teliti dan kaji kes tiga lekaki ini dan punca mereka di dakwa. Ia pengajaran dan perlu dicari jalan mengatasinya:

1. Penganggur - Tuan Mohd Hasbullah Tuan Abd Razif, 24, yang didakwa mengeluarkan perkataan ‘baliklah polis berambus, polis bodoh’ terhadap anggota polis yang bertugas di luar stadium itu jam 11.30 malam, selepas tamat perlawanan. Tuan Mohd Hasbullah yang berasal dari Kampung Chepoh di sini, mengaku salah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 dan dikenakan hukuman denda RM80 oleh Majistret Noor Adila Abd Latif;
.
2. Penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) - Che Muhammad Aiman Che Azmi , 19, (gambar kiri)dari Kampung Banggol Pauh, Seberang Takir di Kuala Terengganu, dipenjara sehari dan denda RM1,000 selepas mengaku salah memiliki mercun tanpa lesen. Jika gagal membayar denda itu, tertuduh akan dipenjara tiga minggu lagi. (Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 (Akta 207) dan boleh dikenakan hukuman maksimum penjara tujuh tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan. Mengikut fakta kes, ketika pemeriksaan di pintu masuk F Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah jam 7.30 malam kelmarin, tertuduh didapati memiliki beg sandang berisi tiga mercun bola);.

3. Remaja berusia 17 tahun dari Kampung Binjai Bongkok, Marang - Didakwa membaling plastik berisi sos cili kepada polis yang bertugas jam 10.10 malam kelmarin di stadium berkenaan selepas tamat perlawanan bola sepak itu. Dia didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan yang boleh dikenakan hukuman maksimum penjara tiga bulan atau denda tidak lebih RM1,000.

Sewajarnya kes ini diteliti semua pihak. Apa yang diharapkan kelakukan dan tindakan tiga lelaki ini adalah kes terakhir dan tidak berulang.

Orang Terengganu berbudi bahasa dan berhemah tinggi.

Banteraskan sikap dan perangai seperti ini. Ibubapa, persatuan, institusi serta rakan sebaya sewajarnya sama-sama membantu menghapuskan gejala seperti ini.

No comments:

Post a Comment