Tuesday, June 28, 2011

PM Rasmi Penutup Sukan Isteri Wakil Rakyat

Perdana Menteri, Datuk Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak di jangka hadir merasmikan majlis penutup Pertandingan Sukan Isteri Wakil-wakil Rakyat Barisan Nasional Se Malaysia pada 9 Julai depan.

Menteri Besar, Datuk Seri Haji Ahmad Said kepada pemberita ketika ditemui di Stadium Negeri Kuala Terengganu semalam berkata tahun ini Terengganu menjadi tuan rumah dan dua acara wajib yang dipertandingkan ialah sukan boling dan badminton yang disertai 14 negeri seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.

Ahmad Said meluangkan masa meninjau persiapan terakhir di Stadium Negeri yang akan berlangsung perlawanan badminton manakala di Terengganu Equestrian Resort (TER) Kuala Ibai, perlawanan boling yang bermula pada 5 hingga 9 Julai depan.

Ditanya pemberita mengenai persiapan peserta negeri, beliau berpuas hati dan sempat melihat kesungguhan pemain badminton Badan Amal dan Kebajikan Isteri Wakil-wakil Rakyat Negeri Terengganu (Serikandi) menjalani latihan di bawah kendalian jurulatih Sukan Malaysia (Sukma) Syed Abu Bakar Syed Ali.

Katanya, sebagai tuan rumah kerajaan akan lakukan yang terbaik bagi menerima kedatangan lebih 500 peserta terdiri daripada isteri wakil rakyat negeri-negeri dan juga isteri menteri dan timbalan menteri (Bakti) yang diketuai isteri Perdana Menteri, Datin Paduka Seri Rosmah Mansor ke Terengganu nanti.

“Kita tidak ada masalaah kerana pengalaman pegawai kita sudah banyak dalam mengendalikan program-program besar termasuk Sukma yang diadakan di sini sebelum ini,” katanya.

No comments:

Post a Comment