Tuesday, June 28, 2011

Ternakan Ikan Sangkar Berpotensi Jana Pendapatan Lumayan – LPP Terengganu

Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) Terengganu meminta anggota Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) di negeri ini menceburi bidang ternakan ikan air tawar dalam sangkar yang berpotensi menjana pendapatan lumayan.

Pengarah LPP negeri Shamsuddin Mat Rani berkata nasihat dan bimbingan disediakan kepada anggota yang berminat untuk mengusahakan ternakan ikan air tawar dalam sangkar.

Beliau berkata pemasaran ikan air tawar tidak menjadi masalah berikutan LPP negeri akan membantu memasarkannya ke luar negeri ini.

“Kita menggalakkan usahawan PPK untuk menceburi bidang ini kerana kita dapati potensi penternakan ikan dalam sangkar ini amat cerah,” katanya ketika dihubungi di Kuala Terengganu, kelmarin.

Shamsuddin berkata daripada segi benih ikan, ia bukan satu masalah kerana terdapat banyak pembekal di negeri ini yang diperakui Jabatan Perikanan.

Katanya terdapat banyak kawasan di sepanjang sungai di negeri ini yang sesuai untuk ternakan ikan dalam sangkar khususnya ikan tilapia dan peluang itu patut dimanfaatkan oleh 15 PPK yang terdapat di Terengganu.

No comments:

Post a Comment