Monday, June 6, 2011

SPRM Panggil Pemain, Jurulatih T-Team

Kegembiraan bekas pengurus pasukan Piala Presiden T-Team, Mohd Sabri Abas, yang menyambut kelahiran anak kembar perempuan pada 31 Mei lalu, terbantut apabila dia dipanggil memberi keterangan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) negeri kelmarin.

Mohd Sabri berkata, ketika sibuk menguruskan pendaftaran kelahiran anak kedua dan ketiganya itu tengah hari kelmarin, dia dihubungi pegawai SPRM dan diminta hadir ke pejabat agensi itu segera sehingga terpaksa menangguhkan urusan berkenaan.

“Ketika dihubungi, saya minta tangguh untuk memberi keterangan Ahad ini, tapi tidak boleh kerana mereka (SPRM) beritahu perlu segera berhubung pendedahan berlakunya gejala rasuah dalam pasukan bola sepak Piala Presiden T-Team.

“Jadi saya pun hadir ke pejabat SPRM memberi keterangan dan kerjasama penuh kepada mereka supaya dapat menjalankan siasatan dengan sempurna,” katanya ketika dihubungi di Terengganu, kelmarin.

Sementara itu, menurut sumber SPRM, selain Mohd Sabri, pihaknya turut memanggil seorang jurulatih dan tujuh pemain Piala Presiden T-Team untuk memberi keterangan kelmarin dan semalam.

No comments:

Post a Comment