Norsahrina dari Terengganu menjerit kegembiraan setelah berjaya mengalahkan Nurul Ain Atiqah Mohd Rosli dari Johor di Sport Arena, Majlis Olimpik Malaysia (MOM) sempena Sukan Malaysia 2011 (SUKMA).
Terengganu semalam berjaya mengutip 11 pingat emas muncul sebagai pendahulu dalam kutipan pingat pada hari keempat ( 5 Jun ) temasya Sukan Malaysia ke-14.
Secara keseluruhan, Terengganu kini mengumpul 20 pingat emas, empat pingat perak dan tujuh pingat gangsa.
Hari ini, sebanyak 15 pingat emas, 15 perak dan 22 gangsa ditawarkan pada hari kelima temasya itu iaitu lapan emas dari acara berbasikal, empat dari acara silambam dan tiga dalam acara lawan pedang.
Acara judo menjadi penyumbang utama dalam pungutan pingat apabila enam pingat emas dikutip menerusi acara itu dan lima lagi pingat emas dikutip menerusi acara kanu.
Semalam, 23 pingat emas, 23 perak dan 37 gangsa ditawarkan pada hari keempat Sukan Malaysia iaitu lapan emas dalam acara judo, enam dalam acara kanu, empat dalam acara silambam, tiga dalam acara bina badan dan dua dalam acara lawan pedang.
Johor berada di tangga kedua setelah mengumpul secara keseluruhan 11 pingat emas, 10 perak dan empat gangsa.
Negeri Sembilan kekal menduduki tempat ketiga dengan kutipan 10 pingat emas, enam perak dan sembilan gangsa.
Kekecohan sekali lagi berlaku adalam acara silambam apabila skuad Perak tidak berpuas hati dengan pemberian mata pada satu perlawanan akhir menyebabkan kejohanan terpaksa dihentikan seketika.
Pada Sabtu, pasukan silambam Negeri Sembilan tampil membuat bantahan kerana tidak berpuas hati dengan mata yang diberikan oleh pengadil kepada seorang pesertanya ketika menentang pasukan Sabah bagi acara akhir lelaki kategori 38-43kg.
Sementara itu, atlet judo Terengganu menguasai gelanggang pada hari terakhir acara itu pada temasya Sukan Malaysia ke-14 Sabtu apabila merangkul enam daripada lapan emas yang dipertandingkan.
Penaung Persatuan Judo Terengganu Wan Abdul Hakim Wan Mokhtar berkata kejayaan itu melepasi sasaran tiga emas yang ditetapkan oleh persatuan itu.
"Ini merupakan rahmat daripada Tuhan dan berkat kesungguhan atlet judo Terengganu. Kejayaan ini juga hasil perancangan awal kerajaan negeri yang telah memulakan program pembangunan judo sejak 2006," katanya kepada pemberita di Dewan Majlis Olimpik Malaysia.
Terengganu memenangi emas menerusi Syaiful Rizal Ahmad Zaidi dalam acara lelaki atas 90kg dan lelaki bawah 90kg oleh Farish Farhan Badri.
Atlet wanita skuad itu turut mempamerkan pencapaian cemerlang apabila membolot semua pingat emas yang ditawarkan bagi kategori wanita.
Nor Asnida Abdul Razak membawa pulang emas bagi acara atas 70kg, Nor Izzatul Fazlia Mat Tahir (bawah 70kg), Norsafrina Rahman (bawah 63kg) dan Nik Norlydiawati Nik Azman (bawah 57kg).
Sarawak membawa pulang satu emas hasil persembahan bertenaga Brenton Sim menerusi acara lelaki bawah 81kg manakala Pulau Pinang meraih satu emas dalam acara lelaki bawah 73kg oleh Ooi Aik Tong.
Sehari sebelum itu, Johor menguasai kedudukan pingat pada hari ketiga Sukan Malaysia XIV apabila menambah lima lagi pingat emas semalam, untuk menjadikan sembilan pingat emas keseluruhan.
Namun kedudukan Johor kian tercabar apabila Terengganu juga turut mengumpul sembilan emas.
Johor mengekalkan teraju carta pingat berdasarkan kelebihan enam pingat perak, manakala Terengganu sekadar empat pingat perak.
Johor mengutip tiga emas dari gelanggang judo iaitu Chong Wei Fu (bawah 66 kg lelaki), Fara Aida Sofia Ali (bawah 45 kg wanita) dan Muhd. Syaiful Md. Zain (bawah 60kg lelaki).
Yu Peng Ken menghadiah pingat emas menerusi acara lawan pedang menerusi kategori individu sabre dan Ahmad Shafie Abdul Jabar cemerlang untuk pingat emas dalam acara Kanu K1 500m lelaki.
Terengganu juga menuai emas pada hari ketiga kelmarin. Ia dihasilkan menerusi Norhidayu Muliar (judo wanita bawah 52kg), Muhammad Azman Ibrahim/Muhammad Syafwatuddin Mohd Azaha (kanu K2 500m lelaki), Siti Rajiah Ali (kanu K1 500m wanita), Nurul Farahim Wahab/Noraishah Yahya (kanu K2 500m wanita) dan Kanu K4 500m wanita.
Paling cemerlang pastinya Negeri Sembilan kelmarin memenangi enam pingat emas semalam, untuk menduduki tempat ketiga.
No comments:
Post a Comment