Tuesday, June 28, 2011

Wahid Endut Merapu Mengenai Ramainya Golongan Muda Bankrap

Oleh Pok Teh Bakap

Anak Muda Bankrap Kerana BN?

Dangkalnya pemikiran Pesuruhjaya PAS Terengganu yang baru, Mohd Wahid Endut.
Beliau salahkan kerajaan Barian Nasional kerana berlakunya kejadian 41 orang muflis setiap hari di Malaysia.

Bercakap di Chukai, Kemaman pada 16 Jun lalu, Mohd Wahid yang juga Ahli Parlimen Kuala Terengganu melahirkan kebimbangan apabila berlaku peningkatan mendadak jumlah rakyat Malaysia yang menjadi bangkrap dan muflis.

Katanya, kerajaan yang menjadikan rakyat bankrap dan muflis sebaik sahaja menamatkan pengajian di Universiti.

Sebab apa muda-muda bangkrap? Menurut Wahid:
“Keluar Universiti sahaja sudah berhutang dengan kerajaan, kerja tidak ada lagi sudah berhutang RM20,000 hingga RM30,000 seorang dengan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).”

Laporan menyebut, jumlah muflis di kalangan anak muda sekarang ini yang berumur 25 hingga 34 tahun yang telah diistiharkan bangkrap seramai 13,128 orang. Mereka yang berumur 25 hingga 44 tahun, meningkat lagi telah menjadi bangkrap seramai 38,357 orang dalam tempoh 65 bulan sehingga bulan Mei 2010.

Ketua Komunikasi dan Hal Ehwal Korporat Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK), Devinder Singh berkata anak muda mahukan kemewahan tetapi lemah dalam pengurusan kewangan. Lebih buruk lagi apabila pada usia 30 tahun, mereka terpaksa menanggung hutang dan perlu mendapatkan bantuan profesional untuk mengeluarkan mereka daripada muflis.

Menurutnya, 15 peratus daripada lebih 39,600 individu yang menyertai program pengurusan kredit AKPK adalah mereka berusia di bawah 30 tahun.

Beliau berkata, ramai golongan muda diisytiharkan muflis disebabkan oleh perbelanjaan berlebihan menerusi penggunaan kad kredit dan kegagalan mereka untuk mengikut peraturan asas dalam pengurusan kewangan yang bijak.

Tambahnya, individu terbabit tidak akan mengalami masalah hutang sekiranya jumlah pinjaman mereka tidak melebihi 40 peratus daripada perolehan kasar pendapatan bulanan.

Amat jelas, kebanyakan anak muda bankrap kerana berbelanja lebih daripada kemampuan, termasuk gaya hidup gemar berhutang menggunakan kad kredit walaupun tidak mampu dari segi kewangan.

Ambil contoh mudah dengan melihat senario graduan baru bekerja. Dengan usaha, pengetahuan dan tuah badan, kita andaikan graduan itu mendapat gaji RM2,000 sebulan (tidak termasuk graduan mendapat gaji tidak setimpal dengan kelulusan iaitu RM800 hingga RM1,200).

Dengan gaji RM2,000, bermulalah kerjaya graduan sebagai eksekutif muda di bandar atau di kawasan pinggir bandar. Namun, perbelanjaan yang terpaksa ditanggungnya, termasuk seperti berikut:

1. Sewa rumah/bilik RM200 (berkongsi rumah dengan rakan);
2. Ansuran kereta RM300 (bergantung jenis kereta, kalau mahal maka tinggi ansuran bulanannya);
3. Duit minyak dan tol RM450 (anggaran perjalanan pergi dan balik kerja, tidak termasuk perjalanan lain);
4. Makan dan minum RM500;
5. Sosial dan riadah RM300 (bersama rakan dan hal peribadi);
6. Bayaran bil RM200 (api, air, telefon, bil pelbagai);
7. Bayar kredit barang RM300 (hutang set hi-fi, TV, peti sejuk, dapur masak dan pelbagai barang elektrik);
8. Barang peribadi RM200 (tambah kad prabayar, barang kesihatan dan kecantikan, pakaian, kasut, aksesori diri bagi wanita, aksesori kereta dan tukar telefon bimbit);
9. Hal kecemasan RM100 (sakit, beri pinjam kawan, kereta rosak); dan
10. Simpanan RM100 (kerana memikirkan hendak kahwin, insuran kereta dan tunai haji)

Ini tidak termasuk dengan perintah bayar daripada pinjaman pelajaran mereka di universiti yang sering eksekutif muda ini ‘sengaja buat lupa’ tetapi tidak pernah lupa untuk bayar perbelanjaan berkaitan urusan peribadi mereka. Katakan eksekutif yang ‘memaksa diri’ bayar pinjaman secara minimum RM100, jadi berapa gaji bulanan mereka yang tinggal?

Pendapatan RM2,000 sebulan dan perbelanjaan seperti di atas RM2,750. Bermakna eksekutif muda itu berhutang RM750 sebulan. Bayangkan bagaimana jika mereka bergaji RM1,000 hingga RM1,500 sebulan?

Tanpa mereka sedari atau sengaja tidak sedar diri, kad kredit itulah yang menjadikan mereka terus berhutang dan akhirnya hutang melilit pinggang. Mengapa eksekutif muda ini berhutang? Persoalan ini bukannya susah untuk difahami tetapi tidak mudah dicari penyelesaiannya. Jawapannya terletak kepada perkara berikut:

Personaliti

Peribadi dan sikap seseorang yang sememangnya suka berhutang kerana sudah menjadi satu kebiasaan kepada dirinya melihat ibu bapa, adik-beradik dan saudara-maranya yang memang suka berhutang untuk memenuhi kehendak dan keperluan diri.

Pengaruh persekitaran


Hidup mereka sentiasa dikelilingi mereka yang menjadikan hutang sebagai gaya hidup malah rakan turut memberi galakan berhutang bagi membeli kereta yang kononnya setaraf dengan kerjaya sebagai eksekutif.

Promosi


Institusi kewangan dan yang berkaitan dengan kad kredit memang mensasarkan golongan muda dan bekerjaya sebagai pelanggan berpotensi dengan membuat promosi besar-besaran dan habis-habisan untuk menarik eksekutif muda ini menggunakan kad kredit.

Pelbagai iklan dan mesej yang digunakan untuk ‘memaksa’ eksekutif ini menggunakan kad kredit.

Kehadiran jurujual yang tidak pernah penat ‘senyum dan ketuk pintu pejabat’ memang menjadikan taktik promosi ini sebagai strategi menarik golongan muda menggunakan kad kredit.
Pujian dan perasan

Sebagai eksekutif muda, banyak pujian dan dorongan agar mereka terus kelihatan anggun, cantik dan bergaya selaras dengan umur muda dan kerjaya mereka.

Disebabkan terlena dan perasan dengan pujian itu, maka berlumba-lumba eksekutif muda wanita dan lelaki membeli barang berjenama yang bukan murah harganya, falsafah mereka ‘biar papa asal bergaya’ menjadikan mereka akhirnya papa dan merana kerana muflis. Siapa yang perlu dipersalahkan jika keadaan ini berlaku? Tepuk dada tanya selera!

Pada akhirnya, mereka tidak cukup duit. Mereka selalu pokai atau tidak cukup duit kerana gaya hidup mewah menjadi fokus utama mengapa golongan muda banyak berhutang.

Tekanan fizikal dan mental seperti sukar tidur malam, keresahan, gangguan fikiran, panas badan, pening kepala, kekeruhan air muka, kelesuan, kemarahan dan pelbagai simptom fizikal yang akhirnya menjejaskan kreativiti, prestasi dan produktiviti pekerjaan anda yang baru mencipta nama dalam bidang yang ceburi.

Inilah hakikat sebenar kenapa orang muda mudah jatuh bankrap, bukan kerana dasar BN.
Kerajaan menyediakan pinjaman adalah bagi memudahkan mereka belajar di institusi pengajian tinggi dan dengan membayar balik, adik-adik dan yang terkemudian daripada mereka menyambung manfaat itu.

Sebaliknya jika gagal, bukan sahaja orang lain tidak mendapat kemudahan itu, peminjam pula berdepan dengan tindakan bankrap.
Kerana itu, kalaupun mahu mempengaruhi dan mendapatkan simpati rakyat, Wahid janganlah buat kenyataan bodoh dan tidak berasas.

Mereka bankrap kerana kesalahan diri sendiri.

Tidak ada kena mengena dengan PINJAMAN PTPTN yang disediakan kerajaan!

No comments:

Post a Comment