Sebahagian 135 pelajar politeknik dan Kolej Komuniti Zon Timur yang menyertai Program Pembangunan Sahsiah Pelajar Anda Bijak Jauhi Zina di Dusun Eco Resort, Kuantan, baru-baru ini.
Seramai 135 pelajar politeknik dan kolej komuniti zon timur berkampung di Dusun Eco Resort, di sini untuk menyertai program pembangunan sahsiah pelajar 'Anda Bijak Jauhi Zina' anjuran Politeknik Sultan Ahmad Shah (Polisas), Kuantan, baru-baru ini.
Mereka terdiri daripada pelajar Polisas, Politeknik Muadzam Shah, Politeknik Kuala Terengganu, Politeknik Jeli, Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, Politeknik Kota Bharu, Kolej Komuniti Paya Besar dan Kolej Komuniti Rompin.
Pengarah Polisas, Datuk Abu Bakar Ahmad berkata, fokus utama selama tiga hari itu bertujuan mendidik, membimbing dan memperkasakan jati diri remaja Islam menerusi latihan insentif yang disediakan penganjur.
Sepanjang program itu, kata beliau, peserta bukan sahaja dibimbing menjauhi aktiviti yang menjurus kepada berlakunya zina, malah, turut dilatih menjadi peer group iaitu membimbing rakan-rakan mereka yang menghadapi masalah sosial sekembalinya ke kampus masing-masing.
No comments:
Post a Comment