“Tak pandai nak cakap, kalau boleh tak mahu ingat dah,” kata Ayub Abdul Rahman, 30, bapa Khairul Arief Ayub, 6, yang maut selepas sejumlah besar mercun disimpan dalam sebuah rumah dijadikannya tempat menyimpan bahan terbabit di Kampung Makam Lama, di Kuala Terengganu, meletup pada 22 Ogos tahun lalu.
Katanya, semua orang boleh mentafsirkan insiden berkenaan mengikut pandangan masing-masing, tetapi penderitaan sebenar ditanggung mereka sekeluarga tambahan pula Khairul Arief satu-satunya zuriat mereka ketika itu.
Sambil cuba menenangkan diri dengan memanggil isterinya, Kamariah Suffian, 26, Ayub yang ditemui di rumahnya di Kampung Seberang Baruh, di sini, semalam berkata, dia enggan mengenang tragedi itu.
Ini kerana akan membuatkannya menangis mengingatkan arwah anak lelaki kesayangannya itu sebelum berlalu pergi dan tidak mahu ditemubual lanjut kerana tidak dapat menahan kesedihan.
Utusan Malaysia
No comments:
Post a Comment