Wednesday, July 20, 2011

Ibrahim Dahului 259 Penerima Darjah, Pingat

Ketua Setiausaha Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Ibrahim Muhamad ( gambar kanan) mendahului senarai 259 penerima anugerah darjah kebesaran dan pingat kehormatan sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-49 Keputeraan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin.

Beliau akan menerima Darjah Seri Paduka Mahkota Terengganu (SPMT) bersama Ketua Staff Markas, Angkatan Tentera Malaysia, Leftenan Jeneral Datuk Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed yang membawa gelaran Datuk.

Secara keseluruhan, 30 orang akan dianugerah gelaran itu dalam istiadat di Istana Maziah di Kuala Terengganu hari ini , termasuk Hakim Mahkamah Tinggi Kota Bharu bagi Darjah Dato' Setia Sultan Mizan Zainal Abidin Terengganu (DSMZ) bersama tiga yang lain.

Bakal turut menerima DSMZ ialah Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara, Datuk Che Zolkples Embong; Ketua Pegawai Selia dan Pengawasan Industri Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, Datuk Jailani Johari dan Pengarah Bahagian Perancangan dan Pembangunan Kementerian Kesihatan, Datuk Dr. Abd. Rahim Mohamad.

Seramai 24 individu pula akan menerima Darjah Dato' Paduka Mahkota Terengganu (DPMT), termasuk Penasihat Undang-Undang Negeri, Noorbahri Baharuddin; Ahli Exco Kerajaan Negeri, Toh Chin Yaw dan Yahya Khatib Mohamad; Pengarah Tanah dan Galian Negeri, Tuan Mamat Tuan Ngah; Panglima 8 Briged, Brigedier Jeneral Mohamad Zaki Hamzah dan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pengurusan), Datuk Wan Ahamad Wan Muda.

Juga Pengarah Kesihatan negeri, Dr. Nordiyanah Hassan; Pengurus Besar Ketengah, Hamzah Ngah; Naib Canselor Universiti Malaysia Terengganu, Prof. Dr. Aziz Deraman; Penasihat Ekonomi kepada Menteri Besar, Datuk Mustapha Ahmad S. Marican; Pengarah Urusan Novafields Deveploment, Nordin @ Ramlan Ibrahim dan ahli perniagaan, Koh Tat Kim serta Tow Kong Liang.

Sementara itu, 11 orang bakal menerima Darjah Setia Sultan Mizan Zainal Abidin Terengganu (SMZ) termasuklah Pengarah Yayasan Terengganu, Aziz Mamat; Ketua Pegawai Eksekutif Kolej TESDEC, Mohd Akil Mat; Pegawai Daerah Kuala Terengganu, Wan Nawawi Wan Ismail; Ketua Pegawai Eksekutif T-ISSI, Arpin Deraman; Ketua Pegawai Eksekutif Maidam, Wan Harujan Wan Sulaiman.

Bakal turut menerima, Pengarah Pilihan Raya negeri, Mohd Nor Daud; Pakar Perunding Kanan Kebiusan Hospital Sultanah Nur Zahirah, Dr. Aisai Abdul Rahman; Pengarah Operasi Unit Perlindungan Saksi Jabatan Perdana Menteri, Asisten Supritendan Arshad Abdul Jalil dan Setiausaha Bahagian Pengurusan Maklumat Kementerian Pertahanan, Zaharah Ali.

Yang Dipertua Majlis Daerah Besut, Wan Mustafa Wan Hassan pula bakal menerima Darjah Setia Mahkota Terengganu (SMT) bersama 12 yang lain, termasuklah yang Dipertua Majlis Perbandaran Kemaman, Mustafar Khalid; Pengarah Majlis Sukan Negeri, Zainal Abidin Hussin; Pegawai Daerah Marang, Abdul Rahman Che Ali dan Setiausaha Politik Kepada Menteri Besar, Wan Ahmad Nizam Wan Abdul Hamid.

Juga tiga pakar perunding di Hospital Sultanah Nurzahirah iaitu Dr. Zuraidah Mustari, Dr. Mohd Zulkifli Mohd Kasim dan Dr. Zariah Abd. Aziz di samping Pengarah Utama Wan Husin & Associates, Wan Husin Wan Embong dan seorang pesara kerajaan, Syed Abdul Rahman Syed Akil.

Seramai 11 orang bakal dianugerahkan Darjah Ahli Sultan Mizan Zainal Abidin Terengganu (AMZ), termasuklah juruterbang pesawat VP MAS & Carter, Kapten Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain; Pegawai Belanjawan negeri, Mohd. Shukri Azam; Setiausaha Majlis Bandaraya Kuala Terengganu, Samiun Salleh dan Pengarah Kemas negeri, Nor Hazalina Hashim.

Bagi Darjah Ahli Mahkota Terengganu (AMT), 17 penerima yang disenaraikan, termasuklah atlet berbasikal negara, Mohd. Azizulhasni Awang, Anuar Manan dan Fatehah Mustafa; Pengurus Syarikat Perniagaan Foo Yee, Eng Ee Koon; Pengarah Urusan Percetakan Yayasan Islam Terengganu, Zainal Abidin Mohamed; Ketua Penolong Setiausaha Kerajaan (Pengurusan Sumber Manusia), Mohd. Azahari Mohd. Azahar dan Yang Dipertua Majlis Daerah Setiu, Ishamudin Hashim.

Di samping itu, seramai sembilan orang bakal menerima Pingat Jasa Cemerlang (PJC) termasuklah Pegawai Daerah Hulu Terengganu, Wan Mohd. Wan Ibrahim; Pengarah Agensi Pembangunan Masyarakat Terengganu, Roshali Taha; Juruteknik Majlis Perbandaran Kemaman, Ab. Aziz Che Mat dan Pegawai Penyiasat Jenayah Ibu Pejabat Polis Kuala Terengganu, Cif Inspektor Abdullah Che Soh.

Seramai 142 bakal menerima Pingat Jasa Kebaktian (PJK) termasuklah Abdul Halim Jusoh, Leow Khim Cheo, Lee Yun Ping, Chong Che Beng, Tengku Iskandar Zulkarnain Tengku Abdul Malek, Ahmad Faris Abdul Razak, Lizan Che Mat, Zulkifly Isa, Ahmad Nazwawi Harun, Mohd. Rashdan Muda, Ooi Siew Tin, Salbiah Latif, Gan Soo Bing dan Tengku Nor Azura Tengku Ibrahim.

Bagi pingat Bintang Lama Berjawatan (BLB), tujuh nama yang disenaraikan termasuklah Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam negeri.

Yusof Che Abdul Hamid pula disenaraikan bersama dengan 18 penerima Pingat Lama Berjawatan (PLB) selain Abdul Rahman Razak, Kamarulldin Mohd, Abu Bakar Jusoh, Che Wan Mohamad Zain Che Wan Hamzah, Salleh Endot, Che Nazar Mat Hassan, Rubiah Mat Latiff, Megat Abdul Kahar Megat Ayub dan Wan Zainah Wan Yusof.

Utusan Malaysia

No comments:

Post a Comment