Wednesday, July 20, 2011

Kawat Buka Penyertaan Anugerah Kewartawanan Kawat-ExxonMobil 2011

Imbas Kembali - Pemenang anugerah Kawat 2010

Kelab Wartawan Terengganu (Kawat) kini membuka penyertaan Anugerah Kewartawanan Kawat-ExxonMobil 2011 yang berlangsung sehingga 15 Ogos ini.

Setiausahanya Rosamiza Omar berkata pertandingan terbuka kepada semua anggota Kawat yang menyertai persatuan itu sebelum 1 Januari 2011 dan menjelaskan yuran tahunan.

Karya mereka hendaklah yang disiar atau diterbitkan sepanjang tahun lepas dan setiap anggota hanya boleh menyertai dua daripada lapan kategori yang dipertandingkan, katanya kepada Bernama, di Kuala Terengganu, semalam.

Beliau berkata lapan kategori terbabit ialah Penulisan Rencana Terbaik, Penulisan Berita Terbaik, Penulisan Berita Sukan Terbaik, Penulisan Berita Ekonomi Terbaik, Foto Terbaik, Audio Visual Terbaik, Kategori Khas Radio dan Anugerah Khas Presiden.

Bagi yang berminat boleh hubungi talian 019-9884121 untuk mendapatkan borang penyertaan dan semua borang harus dikembalikan sebelum atau pada 15 Ogos, katanya.

Kawat bekerjasama dengan syarikat petroleum ExxonMobil menganjurkan anugerah tersebut sejak 25 tahun lepas, dan merupakan kelab warga media paling aktif mengadakan anugerah kewartawanan untuk anggotanya di negara ini.

No comments:

Post a Comment