Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan akan membuat siasatan terperinci mengenai laporan bahawa seorang mahasiswa universiti tempatan mempersendakan lagu kebangasaan, Negaraku, melalui YouTube.
Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim, berkata siasatan itu adalah bagi menentukan sama ada berlaku kesalahan mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Utusan Malaysia kelmarin melaporkan, seorang mahasiswa dipercayai dari Universiti Malaysia Terengganu (UMT) di Kuala Terengganu bertindak biadab apabila dikesan menghina lagu Negaraku menerusi laman sosial Facebook.
Penuntut terbabit yang menggunakan nama Mohd. Farizal dalam statusnya tampil dengan mengubah lirik lagu kebangsaan yang mencerca, mempersendakan negara dan raja Melayu.
Perkara itu kemudian dipetik oleh beberapa laman blog termasuk anakseberang.blogspot sehari sebelum laporan itu.
Dalam statusnya, penuntut itu menyebut:
National Anthem of Malaysia - Negaraku
Negaraku, Tanah Tumpahnya Maniku,
Rakyat Hidup Miskin dan Makan Taik,
Rahmat Miskin,
Tuhan, Matikanlah Raja Kita, Masuk Kubur,
Rahmat Miskin,
Tuhan, Masukkanlah Raja Kita ke Neraka Jahanam...'
Statusnya itu mengundang pelbagai reaksi serta komen daripada rakannya yang mengecamnya kerana bertindak keterlaluan.
Naib Canselor UMT, Prof. Dr. Aziz Deraman ketika dihubungi kelmarin terkejut dan mengakui hanya mengetahui perkara itu setelah dimaklumkan Utusan Malaysia kelmarin.
Beliau seterusnya menyifatkan perbuatan itu sangat serius serta tidak boleh dimaafkan dan akan bertindak tegas sekiranya terbukti ia dilakukan mahasiswa universiti itu.
"Ini (hina lagu Negaraku) sangat serius dan kita akan siasat terlebih dulu untuk kesahihan, jika terbukti dia bersalah tindakan serta-merta akan diambil mengikut undang-undang," tegasnya.
Menurut Aziz, UMT menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan mengenai dakwaan itu untuk tindakan selanjutnya.
Tambah beliau, pihak pengurusan UMT tidak rela mempunyai penuntut yang menghina lagu Negaraku seperti yang dilakukan oleh seorang penuntut Malaysia di universiti di Taiwan, Wee Meng Chee yang menghina lagu kebangsaan sebelum ini.
Meng Chee atau Namewee menghina lagu Negaraku melalui klip videonya yang disiarkan dalam laman perkongsian video, YouTube
"Kita sedang susul perkara ini sebab banyak gara-gara sekarang orang tidak cukup mendengar lagu pop...mereka nak 'mempopkan' lagu Negaraku," kata Rais kepada pemberita pada majlis rumah terbuka Malaysia Gawai Dayak 2011 di Rumah Wilson Begat anak Bakir di Penom, Ulu Paku, Betong, Sarawak semalam.
Rais berkata, antara yang akan disiasat ialah siapa yang bertanggungjawab melakukan perbuatan itu dan bagaimana senikata lagu kebangsaan itu diubah.
No comments:
Post a Comment