Datuk Seri Najib Tun Razak meminta isteri wakil rakyat supaya memberikan sokongan padu dan tidak memberi masalah kepada suami agar mereka dapat menjalankan tanggungjawab dengan selesa.
Perdana Menteri berkata wakil rakyat memainkan peranan penting dalam menentukan kejayaan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya.
Katanya isteri wakil rakyat juga harus membantu suami mereka dan sabar untuk melayan penyokong dan rakyat yang bertandang ke rumah mereka.
"Jangan banyak merungut, nanti darah tinggi naik, tentu sekali wakil rakyat BN sukar jalankan tanggungjwab mereka dengan baik," katanya ketika berucap pada majlis 'Malam Sentuhan Songket' sempena penutupan Program Tahunan Isteri Wakil-wakil Rakyat BBN 2011 di Taman Tamadun Islam, di Kuala Terengganu, malam semalam.
Majlis itu turut dihadiri isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yasin dan isteri Puan Seri Norainee Abdul Rahman.
No comments:
Post a Comment