Balu kepada seorang anggota Ikatan Relawaan Rakyat (Rela) yang mempunyai lapan orang anak menerima pampasan insurans berkelompok Rela berjumlah RM20,000 berikutan kematian suaminya ketika menjalankan tugas.
Che Zainun Che Nik, 41, dari Kampung Bukit Puteri Dalam Jerteh yang hidup dalam kesusahan kerana tidak mempunyai pekerjaan tetap sejak kematian suaminya, Pauzi Yahya, 44, akibat kemalangan jalan raya dua bulan lepas tidak menyangka bantuan tersebut diterima menjelang Aidilfitri.
Beliau turut menerima RM2,000 sebagai bayaran khairat kematian suaminya yang juga seorang tukang rumah yang menganggotai Rela sejak 17 tahun lalu.
Penyerahan pampasan dan sumbangan itu disampaikan oleh Pegawai Rela Daerah Besut, Mohd Zawawi Eilias dalam bentuk cek di rumahnya.
Che Zainun yang masih dalam pantang setelah melahirkan anak kelapan dua minggu lalu berkata, dengan bayaran yang diterima itu dia sekeluarga merasa amat lega kerana sedikit sebanyak dapat digunakan sebagai persiapan menyambut hari raya.
No comments:
Post a Comment