Friday, August 26, 2011

JPAM Terengganu Adakan Operasi Bantu Pengguna Jalan Raya Musim Perayaan

Seramai 48 pegawai dan anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) akan mengadakan operasi bantu pengguna jalan raya di seluruh Terengganu sempena musim perayaan kali ini.

Pengarah JPAM Terengganu Lt Kol Kamal Mokhtar berkata tugas pegawai dan anggota itu ialah mengawasi kenderaan seperti kereta, motosikal atau lain-lain kenderaan yang mengalami masalah teknikal untuk diberi bantuan.

"Mereka membuat operasi di jalan-jalan persekutuan dan jalan negeri di seluruh negeri," katanya selepas melancarkan Ops Bantu di pejabat JPAM Gong Badak, semalam.

Kamal berkata langkah itu bertujuan melancarkan lalu lintas di jalan-jalan berkenaan serta memudahkan orang ramai ke destinasi masing-masing.

Beliau berkata anggota JPAM juga bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan bencana alam seperti banjir di negeri ini semasa musim perayaan.

JPAM akan membuka bilik gerakan di setiap daerah untuk menerima aduan daripada orang ramai sekiranya berlaku bencana alam ketika musim perayaan nanti, katanya.

Orang ramai boleh menghubungi pejabat JPAM negeri di talian 09-667229.

No comments:

Post a Comment