Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Terengganu akan memperhebatkan promosi perkhidmatan online yang masih begitu rendah penggunaannya dalam kalangan penduduk negeri ini.
Pengarahnya, Abdul Rahman Emang Anyie berkata, dengan menyebarluaskan perkhidmatan tersebut, ia diharap mendorong orang ramai memanfaatkan kemudahan yang disediakan semasa berurusan dengan jabatan itu.
Katanya, bentuk perkhidmatan yang pantas dan selesa itu perlu terus dipromosikan kerana ia hanya dimanfaatkan oleh lima peratus pelanggan berbanding 67 peratus di kaunter dan 28 peratus lagi melalui rakan niaga.
Sehubungan itu, kita berazam meningkatkan kesedaran orang ramai, terutamanya penduduk setempat berhubung kebaikan berurusan secara dalam talian dengan JPJ,'' katanya kepada pemberita selepas pembukaan kaunter online 'One JPJ' di hadapan Pasar Raya Sabasun di Kuala Terengganu, semalam.
Pembukaan kaunter online itu turut dijayakan bersama beberapa agensi perkhidmatan online lain termasuk MyEG, mySpeed dan Konsortium Multimedia Swasta Sdn. Bhd. (Komms).
Abdul Rahman berkata, penggunaan perkhidmatan atau urus niaga melalui talian dapat mengurangkan kebergantungan terhadap pihak ketiga atau 'orang tengah' untuk memperbaharui lesen atau cukai jalan kenderaan.
Ia juga membolehkan orang ramai berurusan dengan JPJ di luar waktu pejabat, termasuk pada hujung minggu di pusat membeli-belah atau pasar tani," katanya.
No comments:
Post a Comment