Friday, August 26, 2011

Konservasi Penyu Terengganu Kian Menampakkan Hasil

Usaha konservasi penyu yang dilaksanakan di negeri Terengganu kian menampakkan hasil apabila populasi haiwan itu kini didapati semakin bertambah.

Pengarah Jabatan Perikanan Terengganu, Zakaria Ismail berkata, Terengganu merupakan negeri kedua terbesar menerima pendaratan penyu selepas Sabah dengan mencatat pendaratan Penyu Agar, Penyu Karah, Penyu Lipas dan sejumlah kecil Penyu Belimbing.

Katanya, sepanjang tahun lepas 401,761 biji telur penyu diperoleh dengan pecahan 397,789 biji telur penyu agar, penyu karah (3,480 biji) dan penyu belimbing (492 biji).

"Daripada jumlah itu kira-kira 70 peratus anak penyu berjaya ditetaskan dan dilepaskan ke laut.

Usaha konservasi penyu juga dilakukan pihak swasta yang turut menunjukkan hasil memberangsangkan,” katanya kepada di Dungun.

Beliau berkata terdapat 12 kawasan yang dijadikan rizab pendaratan penyu di Terengganu, antaranya Pulau Perhentian, Pulau Redang; Setiu, Rantau Abang, Dungun; Paka dan Kertih di Kemaman.

No comments:

Post a Comment