Monday, August 22, 2011

Lelaki Culik Pelajar Dipercayai Gila Seks?

Lelaki yang berjaya ditangkap semalam kerana disyaki terlibat menculik pelajar perempuan tingkatan tiga sebuah sekolah menengah di Besut dipercayai gila seks dan mempunyai rekod lampau.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria berkata, suspek berusia 23 tahun itu yang bertindak menculik Noredreen Natasya Suhaimi, 15, pada 12 Ogos lalu berhampiran rumah mangsa di Taman Seri Intan, Kuala Besut didapati pernah ditangkap kerana terlibat dengan kes cabul.

Menurutnya, selain itu dia juga pernah ditangkap kerana disyaki terlibat dalam kes mencuri motosikal sebelum ini.

“Lelaki ini dipercayai kemaruk seks dan polis tidak menolak kemungkinan dia menculik mangsa dengan niat tidak baik,” katanya.

Kamaruddin berkata, suspek berjaya diberkas polis hasil kerjasama orang ramai di sebuah rumah kosong pada jam 11 pagi kelmarin di Kampung Gong Manak, Pasir Putih, Kelantan.

Sinar Harian

No comments:

Post a Comment