Tuesday, August 9, 2011

Mercun - Lapor Segera Kepada Polis Elak Kesan Buruk

Lapor jika orang ramai mempunyai maklumat berhubung aktiviti berkaitan mercun menerusi talian 019-9000128 atau talian pejabat 09-6246222.

Polis Terengganu meningkatkan kawalan bagi mencegah kejadian menjual, memiliki, membawa dan membakar mercun di kalangan orang ramai sepanjang bulan Ramadan.

“Anggota kami akan berada di kawasan yang dianggap menjadi tumpuan ramai termasuk bazar Ramadan dan juga karnival jualan Aidilfitri di sekitar bandar raya ini,” kata Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Zamri Shamsudin.

Katanya, sehingga ini masuk hari ke lapan umat Islam berpuasa, hanya satu tangkapan dibuat membabitkan seorang tukang rumah dari Kampung Batu 11, Gong Badak, Kuala Terengganu.

Beliau menasihatkan orang ramai jangan sesekali terlibat dengan penjualan atau pembakaran mercun kerana kegiatan berkenaan adalah adalah satu kesalahan dan boleh didakwa di bawah Seksyen 8, Akta Bahan Letupan 1957 (Akta 207).

Menurutnya, mereka yang didapati bersalah boleh dihukum penjara selama tujuh tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Unit Komunikasi Negeri

No comments:

Post a Comment