Sidang DUN 22-23 Ogos 2011
Pemimpin pembangkang, termasuk daripada Pas diibaratkan sebagai ‘Pok Ke” (sesumpah) yang boleh berubah warna mengikut tempat ia berada, apabila mereka mengeluarkan kenyataan mahu menjadikan negara ini sebagai Negara Kebajikan.
Pengerusi Jawatan Kuasa kebajikan, Pembangunan Masyarakt dan Wanita Negeri, Datuk Yahya Khatib Mohamad, berkata lebih teruk lagi apabila pemimpin Pas dan rakan mereka dalam pembangkang turut ‘mengangguk’ semua kenyataan yang dikeluarkan Karpal Singh, walaupun ia bertentangan dengan kehendak dan ajaran Islam.
“Mereka (pemimpin Pas) angguk semua yang Karpal Singh kata sebab takut kepada geng (parti komponen pembangkang) mereka,” katanya ketika menjawab soalan Ramblan Ali (BN-Jabi) berhubung Negara Kebajikan yang diwarwarkan parti pembangkang jika mereka berjaya memerintah negara ini.
Yahya berkata, isu Negara Berkebajikan merupakan perkara lapuk dan sudah tidak relevan kerana ia sudah lama dilaksanakan oleh Kerajaan Barisan Nasional (BN).
“Kerajaan BN amat prihatin terhadap kebajikan rakyat miskin, termasuk ibu tunggal kerana macam-macam program dilakukan bagi membela nasib mereka,” katanya.
Mengenai bilangan peenrima bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang agak tinggi di Terengganu, beliau menjelaskan terdapat banyak faktor yang menyumbangkan kepada masa lah itu.
“Pertama disebabkan bilangan kematian ketua isi rumah yang tinggi menyebabkan keluarga berkenaan hilang sumber pendapatan dan terpaksa bergantung kepada bantuan JKM,” ujarnya.
Beliau berkata, faktor lain ialah ibu tunggal yang kematian suami atau keuzuran ketua isi rumah.
Unit Komunikasi Negeri
No comments:
Post a Comment