Tuesday, September 27, 2011

Hakim Mahkmah Tinggi Malaysia KT Terima 'Datuk'

Hakim Mahkamah Tinggi Malaya Kuala Terengganu Datuk Mohd Yazid Mustafa mendahului 147 penerima pingat dan darjah kebesaran sempena Ulang Tahun Keputeraan ke-80 Sultan Ahmad Shah pada 24 Okt lepas, yang menerima pingat masing-masing daripada baginda di Istana Abu Bakar di Pekan, semalam.

Mohd Yazid menerima Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran "Datuk".

Seramai 57 lagi penerima turut menerima darjah kebesaran yang sama, antaranya Setiausaha Umno Pahang Abdul Rahim Abas, Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur Datuk Rozana Ali Yusoff, Hakim Kanan Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu Datuk Zainal Abidin Kamarudin, Setiausaha Politik Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Mohamad Sazali Kamilan, Ketua Pegawai Eksekutif PASDEC Holding Berhad Datuk Mohd Khairuddin Abdul Manan dan Penolong Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Datuk Soiman Jahid.

Sultan Ahmad Shah turut mengurniakan darjah Setia Mahkota Pahang (SMP) kepada 10 penerima, Ahli Ahmad Shah Pahang (AAP) kepada enam penerima, Ahli Mahkota Pahang (AMP) kepada 24 penerima, Pingat Khidmat Cemerlang (PKC) kepada 18 penerima, Pingat Kelakuan Terpuji (PKT) kepada 16 penerima dan Pingat Jasa Kebaktian (PJK) kepada 15 penerima.

Turut berangkat ke istiadat itu Sultanah Pahang.

No comments:

Post a Comment