Wednesday, September 14, 2011

Kawal Aktiviti Tangkap Ikan di Lokasi Padat

Jabatan Perikanan Malaysia mengkaji cadangan untuk menguat kuasa peraturan bagi mengawal aktiviti penangkapan ikan di lokasi-lokasi yang padat dengan hidupan laut itu.

Usaha yang akan dilakukan dengan kerjasama Agensi Remote Sensing Malaysia (ARSM), Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dan Persatuan Nelayan Kebangsaan (Nekmat) itu bertujuan untuk mengawal sumber laut daripada pupus.

Pengarah Bahagian Penyelidikan jabatan berkenaan, Raja Mohammad Noordin Raja Omar Ainuddin berkata, langkah itu adalah selaras dengan pelaksanaan Sistem Penentuan Lokasi Penangkapan Ikan yang telah diperkenalkan empat tahun lalu.

“Kita sangat bimbang aktiviti penangkapan ikan yang berlebihan oleh nelayan akan menjejaskan spesies ikan bermutu seperti bawal dan tenggiri.

“Justeru, kita akan mengkaji semula perkara ini bagi mengawal aktiviti penangkapan ikan oleh nelayan di satu-satu lokasi yang padat dengan ikan,” katanya selepas merasmikan program promosi Sistem Penentuan Lokasi Penangkapan Ikan di Kuala Terengganu semalam.

Kosmo!

No comments:

Post a Comment