Tuesday, September 27, 2011

Muhyiddin - Transformasi Ahmad Said Hebat, Di Landasan Yang Betul

"Terengganu kini dalam proses perjalanan transformasi yang hebat dengan beberapa pencapaian membanggakan termasuk dalam bidang pendidikan...rakyat ternyata sedar tiada kerajaan selain BN yang dapat merencanakan apa yang terbaik bagi mereka. Bagi membolehkannya berterusan, rakyat harus terus memberi sokongan kepada kepimpinan negeri dan Pusat..." - Tan Sri Muhyiddin Yassin


Analisis oleh Hambali Abdul Latiff

Ada tiga penegasan yang dapat dilihat dengan jelas hasil lawatan sehari Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin ke negeri Selasa lalu (20 September 2011).

Pertama, transformasi Terengganu berjalan dengan lancar dan baik;

Kedua, memohon agar rakyat perlu terus menyokong kerajaan sedia ada kerana segala dasar yang diperkenalkan menumpukan kepada penyelesaian berhubung permasalahan masyarakat.

Ketiga, mengulangi dasar kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN) yang amat jelas iaitu segala apa yang difikirkan penting dan perlu dibuat semuanya bertujuan meningkatkan taraf hidup rakyat, dan dijamin akan dilaksanakan sepenuhnya.

Muhyiddin menyifatkan Terengganu kini dalam proses perjalanan transformasi yang hebat dengan beberapa pencapaian membanggakan termasuk dalam bidang pendidikan.

Keadaan itu berlaku kerana rakyat ternyata sedar tiada kerajaan selain BN yang dapat merencanakan apa yang terbaik bagi mereka.

''Bagi membolehkannya berterusan, rakyat harus terus memberi sokongan kepada kepimpinan negeri dan Pusat," katanya pada Majlis Ramah Mesra dan Jamuan Rakyat Aidilfitri Parlimen Dungun pada lawatan seharinya itu.

Hakikatnya, walaupun sambutan akhir-akhir ini cukup hebat diberikan kepada pemimpin pusat yang ‘turun padang’ ke Terengganu, namun sokongan tetap ditagih daripada rakyat.

Sokongan yang diberikan rakyat adalah suatu tiupan semangat yang kuat buat pemimpin dan parti yang memerintah khususnya kepada barisan kepimpinan parti dan jentera kerajaan di negeri ini.

Apa yang pasti, dasar-dasar yang diperkenalkan kerajaan Barisan Nasional mengatasi keupayaan parti pembangkang yang kononnya mahu membawa wajah baru yang lebih cerah kepada rakyat.

Berikutan itu rakyat perlu menyokong kerajaan pimpinan sedia ada dan tidak perlu lagi terpengaruh dengan dakyah parti pembangkang yang kononnya mampu membawa perubahan lebih besar kepada negara.

Selain itu, pakatan pembangkang yang memperkenalkan “Buku Jingga” yang didakwa mahu membawa perubahan besar kepada rakyat dan negara, ternyata hanyalah omongan kosong semata-mata.

Sebaliknya di pihak Barisan Nasional, dengan dasar yang jelas dan tegas kerajaan mahu supaya dokongan rakyat kepada pimpinan Barisan Nasional bertambah kukuh, lebih-lebih lagi kerajaan bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sekarang ini yang merancang dan melaksanakan pelbagai program transformasi besar .

Yang jelas dan nyata ialah, Kerajaan Barisan Nasional secara keseluruhannya menumpukan kepada permasalahan rakyat dengan membantu mengatasi masalah rakyat.

Bagi Timbalan Perdana Menteri, Terengganu kini dalam proses perjalanan transformasi yang hebat dengan beberapa pencapaian membanggakan termasuk dalam bidang pendidikan.

Tan Sri Muhyiddin menegaskan keadaan itu berlaku kerana rakyat ternyata sedar tiada kerajaan selain Barisan Nasional yang dapat merencanakan apa yang terbaik bagi mereka.

Demi meningkatkan pencapain itu selain membolehkannya berterusan, rakyat harus terus memberi sokongan kepada kepimpinan negeri pimpinan Datuk Seri Ahmad Said dan kerajaan Pusat.

Di hadapan lebih 10,000 orang pada Majlis Ramah Mesra dan Jamuan Rakyat Aidilfitri Parlimen Dungun semalam, Timbalan Perdana Menteri menegaskan, beliau ingin melihat negeri ini terus dipacu kejayaannya dalam pelbagai bidang dan bergerak bersama negara bagi mendepani cabaran menjelang 2020.

Selain itu menurut Tan Sri Muhyiddin, turut menarik perhatian beliau ialah majlis-majlis jamuan Aidilfitri yang diadakan oleh pemimpin Barisan Nasional kini terus bertambah meriah.

Hakikat yang perlu diterima ialah ia memperlihatkan keceriaan rakyat di bawah pemerintahan kerajaan yang ada.

Apa yang dapat dilihat sepanjang lawatan semalam, Timbalan Perdana Menteri berusaha menjelaskan kepada rakyat bahawa kerajaan Barisan Nasional menumpukan kepada isu-isu yang ada kaitan dengan rakyat jelata.

Dengan kata lain, sebut apa sahaja daripada program pembangunan ekonomi yang telah laksanakan, segala usaha bertujuan mengatasi masalah kemiskinan, membantu rakyat luar bandar tingkatkan pendapatan, tingkatkan infrastruktur, segala-galanya sudah dan sedang laksanakan.

Malah, gerakan turun padang yang dijalankan pemimpin Pusat dan negeri membuktikan bahawa gagasan '1Malaysia Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan' bukan satu slogan yang tidak diisi dengan erti sebenarnya.

Yang penting perancangan kerajaan dibuat bukan hanya semata-mata sebagai gimik dan gula-gula politik atau kerana pilihan raya umum semakin hampir seperti didakwa sesetengah pihak.

Seperti kata Timbalan Perdana Menteri, kerajaan Barisan Nasional tidak tengok tempoh jangka masa pendek tetapi yang lebih penting ialah untuk jangka masa panjang di mana rakyat mesti dibela bukan kerana kepentingan mendapat dan mengekalkan kuasa semata-mata.

Pembangunan dan transformasi kerajaan negeri dan Pusat adalah proses berterusan, bukan seperti PAS yang senang-senang saja menukar slogan perjuangan dari Negara Islam kepada Negara Kebajikan demi pilihan raya.

Seseungguhnya, transformasi yang dilakukan Datuk Seri Ahmad Said di Terengganu dan Datuk Seri Mohd Najib pada peringkat Pusat adalah langkah jangka panjang dan berlanjutan demi kemakmuran rakyat dan ketabilan politik.

Prasyarat ini penting kerana ia penentu kepada usaha menjadi dan menjayakan kan Terengganu dan Malaysia sebagai negeri maju dalam tempoh kira-kira Sembilan tahun lagi, iitu pada 2020.

Nota: Sebahagian penulisan ini sudah disiarkan melalui Bicara TerengganuKita, Terengganu FM, Rabu 21 September 2011

No comments:

Post a Comment