

Dalam dua majlis berasingan, 569 e-book diagihkan kepada murid dari 13 buah sekolah di DUN Jabi bertempat di Sekolah Kebangsaan (SK) Felda Selasih, Besut.
Turut hadir pada majlis itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi,R

Darip

Turut bertuah pada majlis itu, dua pasangan kembar dari SK Renek iaitu Wan Amiru Asyikin Wan Mansor dan adiknya, Wan Nur Asyikin serta Muhd. Alimi Ismail dan abangnya, Muhd. Alwi.
Sementara itu, di sebelah petangnya, Menteri Besar meneruskan acara serupa dengan menyampaikan e-book percuma kepada 899 murid dari 20 buah sekolah di DUN Permaisuri.
Majlis yang diadakan di Dewan Besar Pejabat Pelajaran Daerah Setiu itu turut dihadiri ADUN Permaisuri, Abd. Halim Jusoh.
Antara sekolah terlibat, SK Kampung Fikri, SK Kuala Setiu, SK Penarek, SK Mangkok, SK Putera Jaya, SK Guntung Luar, SK Merang, SK Permaisuri, SK Lembah Bidong dan SK Saujana.
Mencuri tumpuan pada majlis itu, tiga pasangan kembar dari SK Putera Jaya yang menerima e-book itu iaitu Mohd. Amir Zaimery dan Mohd. Amir; Afiq Haikal Mohd. Kamal dan Afiq Danial serta Afiq Afzan Ismail dan Afiq Afnan.

No comments:
Post a Comment