Kerajaan Negeri Terengganu akan memberi ganjaran istimewa kepada pemain bola sepak negeri itu dan pasukan T-Team jika kedua-duanya berjaya melangkah ke pertandingan akhir Piala Malaysia musim ini.
Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri, Rozi Mamat berkata, bentuk ganjaran itu akan diumumkan oleh Menteri Besar sendiri.
"Saya yakin dan percaya kerajaan negeri akan melihat tentang soal ini (ganjaran),” katanya semalam.
Sebelum ini, kerajaan negeri memberi ganjaran berupa lawatan ke Eropah kepada pasukan bola sepak Terengganu setelah menjuarai Piala FA musim ini.
Rozi berkata, bola sepak Terengganu melakar sejarah apabila dua pasukan dari negeri itu berjaya melangkah ke peringkat separuh akhir Piala Malaysia tahun ini.
Pasukan Terengganu akan bertandang ke Selangor, manakala T-Team melayan Negeri Sembilan di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah di sini pada perlawanan pertama separuh akhir Selasa ini.
No comments:
Post a Comment