Wednesday, October 12, 2011

Maidam Yakin Dapat Kutip Zakat RM80 Juta Tahun Ini

Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) berjaya mengutip sebanyak RM63.7 juta hasil perolehan zakat sehingga Selasa.

Yang Pertua Maidam Datuk Mazlan Hashim berkata dengan jumlah kutipan yang tinggi itu Maidam yakin dapat memenuhi sasaran kutipan zakat sebanyak RM80 juta tahun ini.

Beliau berkata zakat yang paling tinggi dikutip setakat ini ialah zakat pendapatan sebanyak RM21 juta dan zakat perniagaan RM19 juta.

"Masih ada tiga bulan lagi dan kita pasti sasaran untuk kutip sebanyak RM80 juta akan tercapai," katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan zakat Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) sebanyak RM951,500 semalam.

Penyerahan cek zakat itu dilakukan oleh Ahli Jemaah Pengarah Nafas Datuk Wan Zakaria Abdul Rahman.

Mazlan berkata tahun lepas Maidam berjaya memungut zakat sebanyak RM76 juta.

No comments:

Post a Comment