Pasukan Terengganu dengan misi persembahan lebih baik apabila bertemu Selangor di pusingan separuh akhir kedua Piala Malaysia di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah sementara T’team pula dengan misi ‘Buru 3 Gol’ di Senawang Sabtu ini.
Pengurus Terengganu yang juga Yang Dipertua Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), Datuk Che Mat Jusoh berkata Terengganu tidak meletak keyakinan yang tinggi dalam pertemuan kedua nanti walaupun sudah mempunyai kelebihan dua gol.
“Semua perkara boleh berlaku dalam permainan bola sepak dan sebab itu Terengganu akan berusaha seberapa yang boleh untuk menang di gelanggang sendiri sendiri. Walaupun dengan dua gol, tidak bermakna kita seolah-olah sudah boleh masuk pertandingan akhir. Masih ada masa lagi 90 minit untuk menentukan nasib Terengganu,” katanya.
Pada perlawanan separuh akhir pertama di Stadium Shah Alam malam kelmarin, Terengganu mengalahkan Selangor 2-0.
“Dengan doa restu rakyat dan penyokong bola sepak Terengganu serta sokongan Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said, kita yakin akan beroleh kejayaan yang kita impikan selama ini,” katanya.
Bagi T’team pula, biarpun atas kertas peluang pasukan itu untuk melakar sejarah dengan mara ke final Piala Malaysia begitu tipis dan mustahil, namun perjuangan belum selesai.
Jurulatih T’Team masih mengharapkan kebangkitan luar biasa daripada para pemain T-Team pada aksi di Paroi esok.
Katanya, pengalaman beberapa pemain seperti, Zairo Anuar Zailani dan Nor Farhan begitu ditagih. Ini kerana Indra Putra Mahyuddin dikatakan tidak boleh diturunkan kerana ada dua kad kuning.
“Kami adalah sebuah pasukan yang mengamalkan corak menyerang dan saya harap kami mampu mendapatkan sekurang-kurangnya tiga gol di tempat lawan,” ujarnya.
Malah, misi yang dianggap penuh mustahil itu terpaksa dilalui anak- anak buah Yunus Alif di hadapan ribuan penyokong Negeri Sembilan bagi aksi separuh akhir kedua malam esok.
‘Ibarat nyawa di hujung tanduk’, tiada jalan singkat boleh dilalui kesebelasan utama T-Team melainkan memburu tiga gol tanpa dibolosi pasukan tuan rumah.
Pada perlawanan separuh akhir pertama di Kuala Terengganu (Selasa lalu), T-Team gagal menggunakan kelebihan beraksi di laman sendiri apabila tewas 2-4.
“Memang sukar untuk kami mara ke final jika dilihat kepada jumlah jaringan yang diperoleh lawan pada separuh akhir pertama. Mereka memperoleh empat gol di tempat lawan dan ia adalah bekalan yang cukup selesa buat mereka,” kata Yunus.
“Ada ada dua atau tiga gol yang tidak sepatutnya dilepaskan. Jadi, saya akan memikirkan semula kedudukan Zairi sama ada menggantikannya dengan Mohd. Jibrail,” katanya lagi.
Kosmo!, Utusan & Berita Harian
No comments:
Post a Comment