Seorang remaja tidak menyangka objek seperti patung yang terbaring di dalam parit di Jalan Pusara di Kuala Terenggnu, adalah mayat seorang lelaki yang cedera teruk pada muka dan kemaluannya pula hancur.
Mohd. Syamimi Mohd Zulkifli, 17, berkata, beliau terhidu bau busuk ketika melalui jalan itu kira-kira 11 pagi tadi, menyebabkannya menjengah ke dalam parit dan ternampak dua ekor biawak di atas objek yang disangkanya patung.
"Mulanya saya ingat patung, tapi apabila melihat dari dekat saya nampak kemaluan mayat hancur, mungkin dimakan biawak, manakala muka pula cedera teruk,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.
Beliau yang bekerja di sebuah warung tidak jauh dari kawasan itu kemudian bergegas memaklumkan penemuan tersebut kepada majikannya.
Tiga anggota polis yang kebetulan minum di warung terbabit kemudian menuju ke lokasi dan mengesahkan objek itu mayat seorang lelaki yang hanya memakai baju T hitam tanpa seluar.
Mayat kemudian dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah di sini untuk dibedah siasat.
Sementara itu, Ketua polis Daerah Kuala Terengganu, ACP Zamri Samsudin ketika dihubungi mengesahkan kejadian.
Beliau berkata, keputusan bedah siasat menunjukkan tiada unsur jenayah dan kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.
Polis juga belum dapat mengenal pasti identiti mayat, katanya.
No comments:
Post a Comment