Kerja baik pulih dan ubah suai Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah di Kuala Terenganu dijadual siap sebelum bermulanya Kejohanan Piala Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) pada Mac bulan depan.
Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), Sheikh Ahmad Tajuddin Sheikh Yusof berkata, kerja menaiktaraf dengan peruntukan yang disalurkan melalui Majlis Bandaraya Kuala Terengganu sedang rancak dijalankan dan dijangka siap menjelang akhir Januari depan.
Katanya, pihaknya berpuas hati dengan keadaan rumput di padang yang kini berada pada tahap terbaik manakala keperluan lain termasuk bilik media dan bilik persalinan dinaik taraf dan lampu limpah akan dipertingkatkan hingga mencapai tahap yang ditetapkan.
"Setakat ini kita ada empat menara untuk lampu limpah jika menara itu tidak cukup kita akan tambah mengikut kesesuaian. Selain itu bilik persalinan dan bilik mesyuarat pun kita akan ubahsuai,” katanya.
Menurutnya, Terenganu layak menyertai Kejohanan AFC itu selepas menjuarai Piala FA pada Jun lalu.
No comments:
Post a Comment