Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin memulakan cabaran pada perlumbaan kuda lasak Kejohanan Piala Sultan Mizan 2011 di Terengganu International Endurance Park (TIEP) di Lembah Bidong, petang ini.
Tunaku Mizan, yang menunggang kuda "RTES Smith" bersaing dalam kategori CEI 2, 120km, yang disertai oleh 70 peserta tempatan dan antarabangsa dalam perlumbaan yang menawarkan hadiah keseluruhan bernilai RM215,000.
Perlumbaan tersebut dilepaskan oleh Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah.
Penjenamaan semula Piala Sultan Mizan 2011, yang sebelum ini dikenali Kejohanan Berkuda Lasak Piala Sultan Terengganu sejak 2007, menawarkan hadiah utama RM63,000 dan sebuah jam tangan berjenama AmaSwiss bernilai RM54,000 kepada juara kejohanan tersebut.
Naib juara dan pemenang tempat ketiga masing-masing akan menerima hadiah wang tunai RM44,000 dan RM32,000.
Malaysia membariskan kontinjen terbesar manakala peserta antarabangsa adalah dari Perancis, Australia, Slovakia, Indonesia, Singapura dan Thailand.
Kejohanan berprestif bertaraf dunia itu dianjurkan oleh Royal Terengganu Endurance Stable (RTES) dan kerajaan negeri.
Penyampaian hadiah dijangka akan diadakan pagi esok.
No comments:
Post a Comment