Thursday, October 13, 2011

Warga Emas Maut Dalam Nahas Tiga Kenderaan

Seorang wanita warga emas maut dalam kemalangan jalan raya membabitkan tiga buah kenderaan di km45.5 Lebuh Raya Pantai Timur, semalam.

Mangsa, Saudah Ahmad, 73, berasal dari Ajil, Terengganu, mati di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala.

Menurut Pemangku Ketua Polis Daerah Bentong DSP Mohd Nor Mansor, dalam kejadian 3.30 petang itu, sebuah kereta Proton Wira yang dipandu seorang lelaki dalam perjalanan dari arah Kuala Lumpur ke Kuantan hilang kawalan sebelum melanggar bahagian belakang sebuah pacuan empat roda di depannya.

"Kereta terbabit terbabas dan memasuki laluan bertentangan. Sebuah kereta Myvi yang datang dari arah Kuantan ke Kuala Lumpur merempuh kereta terbabit," katanya ketika di Kuala Lumpur.

Tiga lagi yang berada dalam kereta Myvi serta pemandu Proton Wira terbabit hanya cedera ringan, manakala pemandu pacuan empat roda terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Mayat mangsa dihantar ke Hospital Bentong untuk bedah siasat," katanya.

No comments:

Post a Comment