Pengarah Seranta Felda Jabatan Perdana Menteri (JPM) Datuk Noor Ehsanud

"Kami ingin memberi penjelasan kepada generasi baru Felda terutama penuntut di pusat-pusat pengajian tinggi berhubung proses transformasi dalam Felda," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Persada Bersama Pemimpin di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) di Kuala Terengganu, semalam.
Program itu turut dihadiri Pengarah Jabatan Inovasi dan Pembangunan Generasi Baru Felda Faizul Ahmad dan Pengerusi Eksekutif GSSB Consulting Sdn Bhd yang juga anggota panel Gabungan Pemikir Profesional Felda (Gapro) Datuk Khairil Anuar Aziz.
Noor Ehsanuddin berkata terdapat kira-kira 4,000 anak peneroka Felda yang sedang menuntut di 20 Universiti di seluruh negara.
Beliau berkata program yang diadakan di UnisZA itu merupakan program pertama dan ia membabitkan 600 penuntut tiga universiti iaitu Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Universiti Malaysia Pahang (UMP) dan UnisZa.
Program itu akan diteruskan di Universiti Utara Malaysia (UUM) pada 23 Nov, Universiti Malaysia Sabah (25 Nov), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) (26 Nov), Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) (27 Nov) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai, Johor (28 Nov), katanya.
No comments:
Post a Comment