Tuesday, November 1, 2011

Peruntukan RM8j Tingkatkan PJD, 1,500 Bakal Dapat Manfaat

Shafaruddin Mustaffa (duduk tengah) bersama peserta PJD Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu di Kuala Terengganu, semalam.

Peruntukan bagi Program Jaya Diri (PJD) Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) dijangka ditingkatkan kepada RM8 juta tahun depan bagi membolehkan lebih banyak keluarga mendapat manfaat.

Pengarah YPKT, Mohd. Shafaruddin Mustaffa berkata, pertambahan sekali ganda itu akan membolehkan 1,500 peserta dilibatkan dalam pelbagai kegiatan ekonomi untuk meningkatkan taraf hidup keluarga.

Katanya, langkah itu didorong oleh prestasi pembayaran balik pinjaman yang dianggap sebagai membanggakan dan pendapatan para peserta dapat ditingkatkan sekitar RM500 hingga RM2,000 sebulan.

''Setakat ini saya berpuas hati dengan pembayaran balik pinjaman kerana 100 peratus yang memperoleh pinjaman membayar balik mengikut tempoh yang ditetapkan.

''Sifat amanah dan jujur yang ditunjukkan oleh peserta membolehkan YPKT lebih ramai golongan yang berpendapatan rendah bakal mendapatkan faedah,'' katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Modal (PJD) di YPKT di sini, hari ini.

Seramai 72 peserta daripada seluruh negeri mendapat pinjaman tersebut yang bernilai RM386,000.

Mohd Shafaruddin berkata, pada tahun ini seramai 924 peserta terlibat dengan program tersebut dengan pinjaman kira-kira RM4.2 juta.

Katanya, sebahagian besar peserta terlibat dalam projek perniagaan selain pertanian, kraftangan, penternakan, perikanan, pertukangan dan kemahiran.

No comments:

Post a Comment