
"Pihak pengurusan sudahpun bermesyuarat tentang perkara itu. Saya fikir perkara ini tak perlu dipanjangkan lagi," katanya
Kumpulan itu juga meminta penjelasan daripada TADC yang merupakan anak syarikat kerajaan negeri berhubung notis pemberhentian mereka berkuatkuasa hari ini.
Ahmad Said berkata bahawa kumpulan itu sepatutnya datang berjumpa beliau terlebih dahulu dan bukannya mengadakan demonstrasi.
"Ini tidak...selepas buat kenyataan akhbar, baru beritahu nak jumpa MB.
"Tindakan ini tidak betul, jadi apabila sudah sampai tahap ini, tindakan terpaksa diambil," katanya.
Ahmad berkata beliau khuatir demonstrasi itu mempunyai agenda lain.
"Daripada apa yang saya tahu, ada juga pekerja yang tidak dibuang terbabit dalam demonstrasi tersebut. Mereka ini seolah-olah diperalatkan oleh pihak tertentu," katanya.
No comments:
Post a Comment