Monday, December 12, 2011

80 Belia Tani Terengganu Sertai Himpunan Usahawan

Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) Terengganu akan menghantar seramai 80 belia tani menyertai perhimpunan usahawan belia dan siswazah tani di Merbok Sungai Petani Kedah 17 Dis ini.

Pengarahnya Hasan Jusoh berkata tujuannya bagi membolehkan belia dan siswazah tani berkenaan membuka minda dan sebagai galakan mereka menceburi pelbagai bidang keusahawanan di sektor pertanian.

"Mereka dipilih dari kalangan usahawan dan siswazah tani yang berpotensi mencapai kemajuan," katanya kelmarin.

Katanya, kerajaan menggalakan golongan muda dan belia yang berkelayakan menceburi bidang keusahawanan pertanian tambahan pula Terengganu adalah negeri pengeluar utama pelbagai sayuran seperti cili dan buah labu.

Mereka, katanya, sedang dilatih oleh kerajaan serta boleh mengembangkan usaha melalui perniagaan kedai buah-buahan bermusim.

Beliau berkata mereka boleh menjual buah-buahan daripada kampung ke pasar-pasar utama atau memasarkannya ke negeri lain dan Fama sentiasa memberi bimbingan dalam aspek kewangan dan pemasaran.

No comments:

Post a Comment