Sunday, December 18, 2011

JAKOA Bantu Lebih 2,000 Keluarga Orang Asli Isi Borang BR1M

abatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Terengganu dan Kelantan mengenal pasti 2,431 keluarga Orang Asli layak menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang diumumkan kerajaan baru-baru ini.

Pengarahnya Faridah Mat berkata, berikutan itu setakat ini sebanyak 1,100 borang sudah diagihkan kepada isi rumah terbabit mulai Khamis lepas dan dalam proses mengisi borang untuk diserah semula bagi tujuan itu.

"Baki 1,331 borang lagi untuk keluarga terbabit akan diagihkan secara berperingkat selepas ini dengan membabitkan kakitangan jabatan itu untuk pergi ke kampung pedalaman masing-masing.

"Masalah kesukaran untuk mereka keluar mengambil borang permohonan itu disebabkan keadaan cuaca yang tidak mengizinkan hingga terpaksa kita pergi ke kampung di kawasan pedalaman itu," katanya kepada pemberita selepas majlis Pengagihan BR1M kepada penduduk Orang Asli di Dewan Jubli Perak, Rancangan Pengumpulan Semula (RPS) Kuala Betis, dekat Gua Musang, petang semalam.

Beliau berkata pihaknya yakin kesemua mereka akan menerima borang itu dan proses pengisian borang akan disegerakan sebelum tamat tempoh pada awal bulan depan.

Beliau berkata pengagihan borang pada hari pertama Khamis lepas diadakan di Pos Brooke membabitkan 405 keluarga disusuli Pos Hendrop seramai 104 keluarga dan semalam di RPS itu membabitkan 512 keluarga.

"Kita akan meneliti kaedah terbaik untuk pengagihan borang itu supaya dapat capai sasaran walaupun mereka tinggal jauh di pedalaman bagi mengelakkan ada keluarga kaum itu tercicir daripada menerima bantuan BR1M," kata Faridah.

2 comments:

  1. suka sangat lah tu org asli dapat bantuan...mcm lah dia org tak tahu..duit tu untuk beli undi..org kg aku yg tak reti membaca pun tahu...duit yg di beri tu sebab nak pilihanraya...time PAS perintah TRG kami lagi mewah dapat duit ehsan..bestnya!!.Tetiba Deris Jusoh/UMNO/BN memerintah tak dapatlah duit ehsan...sebab dia dan kroni2nya dah angkut masuk poket dia orang...apa punya penipu Deris & UMNO...kuasa kat dia abis harta masuk perut dia, la ni Mat id pulak duk angkut

    ReplyDelete
  2. Adakah anda memerlukan pinjaman untuk pelaburan yang lebih besar? Pinjaman untuk pengembangan perniagaan? Pinjaman untuk pelaburan baru? Pinjaman untuk membayar hutang dan bil jangka panjang. Tidak perlu lagi, kami adalah pemberi pinjaman bersama bank dan menjamin tawaran yang telus. Kami menawarkan pinjaman faedah 2% tanpa cagaran dan Kami berada di sini untuk meletakkan dan menamatkan kemiskinan dan pengangguran, kerana semua orang mempunyai potensi sendiri. Hubungi kami hari ini melalui E-mel kami: gloryloanfirm@gmail.com dan isikan borang pinjaman tje di bawah

    {Lengkapkan borang di bawah pinjaman}
    Nama anda: ===========
    NEGARA: ===========
    NEGARA ===========
    ALAMAT: ===========
    JENIS GARIS PANDUAN: ===========
    JUMLAH YANG DIPERLUKAN: ===========
    TIME DURATION: ===========
    NOMBOR TELEFON: =========== =============
    Akaun yang lebih baik daripada syarikat yang sah.
    Hubungi e-mel kami: gloryloanfirm@mail.com
    Nota: Tiada apa-apa bayaran cukai dan yuran pendaftaran, sila memohon pinjaman mudah!!

    ReplyDelete