Wednesday, December 28, 2011

JHEAT Ketuai Jawatan Kuasa Khas Isu Dua Solat Jumaat

Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) telah menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi membincangkan isu dua solat Jumaat dalam satu kariah di beberapa masjid di negeri ini

Ketua Pegawai Eksekutif Maidam, Haji Wan Harujan Sulaiman berkata, perkara berkenaan diputuskan dalam mesyuarat Ahli Majlis Maidam yang diadakan Rabu lalu yang turut membincangkan isu solat dua kariah.

Katanya, jawatankuasa khas isu akan di pengerusikan oleh Pesuruhjaya Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) Haji Mohd. Rozali Salleh.

“JHEAT juga diberi mandat untuk melantik anggota jawatankusa di bawah jawatankuasa khas tersebut bagi mencari kaedah terbaik menyelesaikan kemelut berkenaan,” katanya.

Tambahnya, jawatankuasa tersebut juga diberi masa sebulan untuk mengemukakan cadangan serta tindakan sesuai bagi menyelesaikan isu terbabit,’’ katanya.

Sehubungan itu katanya, Ahli Majlis Maidam akan bermesyuarat setelah menerima laporan daripada jawatankuas khas itu sebelum dipersembahkan kepada Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin.

Baginda Sultan Mizan ketika merasmikan pembukaan Masjid Sultan Ismail di Chendering baru-baru ini melahirkan rasa dukacita kerana kejadian solat Jumaat dua kariah masih berlaku di negeri ini.

"Pihak Maidam sedar masalah tersebut berlarutan lebih 30 tahun lalu, namun sukar dieselesaiknya apabila ada pihak tidak memberi kerjasama kerana lebih mmentingkan agenda politik daripada memelihara kesucian agama Islam,” katanya.

Teganukita

No comments:

Post a Comment