Pantai Ma' Daerah yang menjadi tempat penetasan telur penyu di Kemaman.
Jabatan Perikanan Terengganu telah mengambil beberapa langkah bagi mengelak kawasan penetasan telur penyu di Ma”Daerah, Kemaman diganggu binatang buas.
Pengarah Perikanan negeri, Zakaria Ismail berkata. buat pertama kalinya, kawasan penetasan telur penyu itu telah dimasuki babi hutan beberapa minggu lepas menyebabkan beberapa sarang telah rosak.
"Nasib baik kita menyedari kejadian itu dan telah menghalau binatang itu ke hutan berdekatan,” katanya di Kuala Terengganu, semalam.
Katanya, antara langkah diambil Jabatan Perikanan ialah menanam telur penyu di kawasan lain dan membuat pagar untuk mengelak ia dicerobohi haiwan liar itu selain memasang perangkap.
Zakaria berkata, terdapat kira-kira 24,000 biji telur penyu dieramkam di Ma”Daerah, pusat penetasan telur penyu terbesar di Terengganu.
No comments:
Post a Comment