Majlis Sukan Negeri (MSN) Terengganu akan mengadakan pemilihan pemain untuk Akademi Bola Sepak negeri Terengganu yang diwujudkan di beberapa sekolah di negeri ini mulai hari ini.
Pengarah MSN Terengganu, Zainal Abidin Hussin berkata, pemilihan selama dua hari akan diadakan di Padang Sekolah Menengah Bukit Besar dengan tumpuan kepada kepada pemain berumur 13 hingga 15 tahun.
"Pemain-pemain yang berminat boleh datang ke tempat pemilihan pukul 4 petang esok Hari ini),” katanya di Kuala Terengganu, semalam.
Beliau berkata, selain sekolah itu, akademi juga akan diwujudkan di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Budiman Kuala Terengganu, Sekolah Menengah Sains Dungun, Sekolah Menengah Sultan Omar dan Padang Merdeka di Dungun.
Zainal Abidin berkata, Sekolah Sukan Bukit Nenas Setiu pula akan dijadikan sebagai induk Akademi Bola Sepak Negeri Terengganu.
Beliau berkata, bekas jurulatih pasukan bola sepak T-Team, Che Ku Marzuki Che Ku Mohd Nor akan mengetuai akademi induk di Sekolah Sukan Bukit Nenas itu, manakala yang lain akan kendalikan oleh jurulatih bola sepak daerah masing-masing.
No comments:
Post a Comment