Wednesday, January 4, 2012

Anak Ugut Cederakan Ibu Didenda RM2,000

Seorang lelaki yang mengancam mencederakan ibu kandungnya sendiri menggunakan sebilah pisau kerana permintaannya mendapatkan wang tidak ditunaikan didenda RM2,000 atau penjara dua bulan jika gagal menjelaskan denda berkenaan oleh Mahkamah Majistret, di Kuala Terengganu, semalam.

Hukuman dijatuhkan Majistret Noradila Ab Latif selepas Mohd Arbain Mustafa, 29, berasal dari Kampung Undang, Bukit Payong, Marang, mengaku bersalah melakukan kesalahan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Berdasar pertuduhan, Mohd Arbain, anak sulung tiga beradik itu didakwa melakukan ugutan jenayah terhadap ibunya, Maznah Ismail, 49, dengan mengancam bertujuan menyebabkan kecederaan parah menggunakan sebilah pisau antara jam 9 pagi pada 26 Disember hingga jam 10.27 pagi 30 Disember tahun lalu, di rumah mereka di Kampung Undang, Bukit Payong, Marang.

No comments:

Post a Comment