Tuesday, January 10, 2012

D|Fauzan Kembali Selepas Digantung

Pelumba berbakat besar, Muhammad Fauzan Ahmad Lufti secara rasmi kembali ke pangkuan skuad lebuh raya negara dan akan memula sesi latihan esok setelah menamatkan tempoh penggantungan dua tahun.

Kehadiran Muhammad Fauzan di Kuala Terengganu bersama pasukan kebangsaan menambahkan lagi koleksi pelumba sekali gus mengurangkan bebanan jurulatih Syed Muhammad Hussaini menjelang Kejohanan Lumba Basikal Asia (ACC) 2012 dan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2012.

Pengurus program skuad lebuh raya kebangsaan, Omar Saad menegaskan pelumba yang berpangkat Lans Koperal bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM), memiliki banyak kelebihan.

Katanya, antaranya Fauzan berupaya mendaki dengan baik selain mempunyai pengalaman berlumba di pentas antarabangsa.

"Esok (hari ini) Bayau (gelaran Muhammad Fauzan) akan berlatih secara rasmi bersama pasukan kebangsaan selepas dua tahun menjalani penggantungan. Apa yang berlaku sepanjang tempoh itu, saya harap boleh meningkatkan semangat dan keyakinan untuk dia lebih maju," katanya semalam.

Muhammad Fauzan yang dianggap antara pelumba pendaki dan ujian masa individu (ITT) digantung selama dua tahun kerana penggunaan dadah terlarang.

No comments:

Post a Comment