Mohd Harrif Salleh (lumba basikal) dan Nurul Syafiqah Hashim (memanah), atlet Terengganu yang layak ke Sukan Olimpik London. - Gambar oleh Zulkipli Putra.
Jika sebelum ini dua pelumba sensasi negara, Azizulhasni Awang dan Fatehah Mustafa antara dua anak Terengganu yang terawal menempah tiket ke Sukan Olimpik London, dua lagi pelumba basikal dijangka turut ke temasya sukan terbesar dunia itu tidak lama lagi.
Dua pelumba berkenaan yang juga merupakan pasangan adik beradik, Mohd Harrif Salleh dan abangnya, Mohd Zamri, selain dua atlet atlet memanah, Khairul Anuar Mohamad dan Nurul Syafiqah Hashim.
Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said, berkata dua pelumba adik beradik itu berkemungkinan besar dapat melayakkan diri ke Olimpik dan menjadikan keseluruhan enam pelumba basikal berasal dari Terengganu yang berjaya ke temasya sukan itu.
Katanya, kerajaan negeri akan menyediakan insentif kepada enam atlet berkenaan sebelum mereka bertolak ke sukan itu nanti sebagai galakan dan penghargaan atas kecemerlangan mereka di pentas dunia.
“ Kita akan beri insentif sebelum mereka berangkat. Sekurang-kurangnya mereka ada duit poket sedikit kerana kita sudah berjanji untuk menyediakannya tahun lalu,” katanya di Majlis Penyampaian Insentif Skim Hadiah Kemenangan Sukan SEA dan Para Asean , di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, semalam.
Turut hadir, Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu, Haji Zainal Abidin Hussin.
Katanya, kerajaan negeri bersedia menyediakan peruntukan sebagai insentif kepada atlet cemerlang untuk menyuntik semangat mereka, selain penghargaan atas kejayaan yang diraih selepas mengharumkan nama negeri serta negara.
Teganukita
No comments:
Post a Comment