Thursday, January 12, 2012

Yunus Alif Mahu Baiki Bahagian Serangan T-Team

Kemenangan 3-0 T-Team ke atas Kedah dalam perlawanan pertama Liga Super mereka di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah di sini malam Selasa dilihat telah menyuntik semangat pemain pasukan itu untuk mengharungi perlawanan seterusnya.

Jurulatih T-Team, Yunus Alif berkata kemenangan itu telah meningkatkan lagi semangat pemainnya untuk menghadapi Kuala Lumpur di Stadium Hang Jebat, Melaka Sabtu ini.

"Kita akan terus berjuang untuk mencari kemenangan seterusnya dalam perlawanan-perlawanan yang akan datang," katanya.

Beliau berkata kejayaan besar ke atas Kedah itu banyak bergantung kepada kerjasama antara pemain yang turut dibantu dua pemain import dari Zambia dan Bosnia.

Namun beliau sedikt kecewa kerana penyerang import Zacharia Simikounda gagal memanfaatkan banyak peluang menjarigkan gol begitu juga dengan Fadly Shaari yang lebih banyak membantu di bahagian pertahanan daripada bertindak sebagai penyerang.

"Insya-Allah kita akan baiki kelemahan pemain-pemain ini bagi menghadapi perlawanan seterusnya," kata Yunus.

No comments:

Post a Comment