Mohamad Najmi yang cedera bersama ibunya, Noritamendapat rawatan di Hospital Dungun selepas kena ragut, kelmarin.
Seorang guru taska dan anak lelakinya cedera di muka, tangan dan kaki selepas terjatuh di atas jalan selepas mempertahankan beg daripada diragut seorang lelaki berhampiran jambatan Kampung Rajawali, di Dungun, petang kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 petang, Norita Omar, 37, dari Kampung Pulau Serai, di sini bersama anaknya, Mohamad Najmi Almin, 5, menunggang motosikal bersama anaknya yang diletakkan dalam bakul motosikal.
Suspek yang menaiki motosikal dipercayai mengekori mangsa dan menghimpit kenderaan lalu menyentap beg tangan mangsa yang diletakkan dalam bakul motosikal.
Seorang pemandu kenderaan pacuan empat roda jenis Kembara yang menyaksikan kejadian membawa mangsa dan anaknya ke Hospital Dungun sebelum dipindahkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu.
Norita yang ditemui di Hospital Dungun sukar bercakap berikutan mengalami kecederaan di mulut dan mangsa masih belum membuat laporan polis.
No comments:
Post a Comment